[VIDEO] Pengarah Sukan Dan Pengurus Nak Bertumbuk Dan Kantoi Kutuk Pemilik Kelab

Kejadian aneh berlaku apabila Torino sedang dalam aksi pramusim di Austria. Satu rakaman video viral menunjukkan pengarah sukan Il Toro, Davide Vagnati, menyerang pengurus pasukan, Ivan Juric.

Biasanya Pengarah Sukan dan Pengurus adalah dua entiti yang sangat rapat. Saling menjaga rahsia yang orang lain tak tahu sekalipun. Pengarah Sukan menjadi orang yang paling dekat dengan pengurus berbanding pemilik.

Gandingan mantap antara Pengarah Suka dengan Pengurus akan membantu membentuk pasukan yang mantap. Walaupun kadangkala mereka tidak sehaluan tetapi sebenarnya tugasan Pengarah Sukan itu sendiri adalah sebagai pemudah cara untuk pengurus dalam banyak urusan pentadbiran dan rekrut pemain.

Contoh hubungan yang kuat antara pengurus dan pengarah sukan adalah seperti Pep Guardiola dengan Txiki Begiristain di Barcelona dan Manchester City. Terdapat seorang lagi Edu Gaspar dan Mikel Arteta di Arsenal. Apa yang agak legenda ialah Luciano Moggi bersama Marcelo Lippi di Juventus pada satu ketika dahulu sehingga mencetuskan Calciopolli.

Tidak lupa Michael Edwards dan Jurgen Klopp yang membantu Liverpool kembali ke puncak prestasi mereka.

Tetapi, bagaimana jika dua orang yang sepatutnya mempunyai pemikiran yang sama akhirnya bergaduh? Torino baru sahaja memberikan contoh yang sukar difikirkan itu.

Ianya dipercayai kerana isu pengambilan pemain pada jendela perpindahan musim panas. Perbalahan menjadi sangat emosional dan memuncak melibatkan 2 orang penting di Torino itu ketika di kem pra musim di Austria.
Dalam rakaman video tular itu, Davide Vagnati dilihat dihalang oleh kakitangan kelab daripada menyerang Ivan Juric. Ada juga kata-kata maki hamun antara mereka.

Vaganti menjerit: “Aku yang bina skuad ini.”

Juric membalas: “Kau ta buat semua ini ye.”

“Aku satu-satunya yang mempertahankan kau daripada bangsat itu,” jerit Davide Vagnati, nampaknya merujuk kepada presiden kelab, Urbano Cairo.

“Kau tu baru sahaja melatih pasukan yang aku berikan kepada kau, faham? Aku dah tak tahan lagi dengan kau setan. Sekurang kurangnya kau hormatlah sikit kat aku,” tambah Davide Vagnati dalam nada kesal.

Apabila rakaman itu menjadi viral, Torino bergegas untuk menjelaskan. Kepada ramai krew media Itali, Davide Vagnati mendakwa dia selepas itu telah memeluk Ivan Juric kerana kedua-duanya mahu menjadikan Torino tampil kompetitif dalam pertandingan musim depan.

“Terdapat perbincangan, seperti yang anda boleh lihat. Ia sememangnya bukan perkara yang menyenangkan untuk dilihat. Tetapi, apabila dua orang benar-benar mengambil berat untuk melakukan perkara yang betul, ini berlaku,” kata Davide Vagnati kepada Sky Sports Italia.

“Jurulatih / pengurus sudah tentu mahu pemain tiba secepat mungkin. Kami di kelab cuba melakukan apa yang mungkin dalam pasaran perpindahan yang sukar ini. Kami akan cuba membawa masuk pemain yang dia mahukan,” tambah Davide Vagnati.

“Kami cuma melepaskan apa yang perlu kami katakan. Kami berpelukan selepas itu. Kami adalah dua orang jujur, dua orang yang sangat jujur ​​yang bercakap perkara di hadapan orang lain. Jadi terima kasih juga untuk perbincangan ini dan kami boleh mulakan semula dengan cara yang terbaik. Torino ,” kata Davide Vagnati.

Kemungkinan besar, masalah ini timbul kerana beberapa pemain yang diinginkan oleh Ivan Juric tidak dibawa masuk oleh Davide Vagnati. Sebaliknya, sepak mula untuk musim baru Serie A semakin hampir dan tekanan daripada pemilik kelab amat besar.

“Kami mempunyai jurulatih yang hebat, kami akan cuba melakukan perkara yang betul secepat mungkin, kerana memang benar kami perlu mendapatkan lebih ramai pemain,” kata Davide Vagnati.

Berkaitan, tuduhan bahawa dia menyumpah-nyumpah presiden kelab, Urbano Cairo. Dan ramai menjangkana masa depan Davide Vagnati dalam bahaya.

Davide Vagnati bersahaja menjawab: “Apabila kamu bertengkar, kamu akan melepaskan perkara yang kamu mungkin tidak maksudkan. Itu bukannya apa yang saya cuba maksudkan. Ia mengenai memahami mengapa ia berlaku, iaitu kami berdua mahukan yang terbaik untuk kelab dan kami perlu cuba mendapatkan dia pemain secepat mungkin. mungkin,” kata Davide Vagnati.

“Jurulatih mempunyai kebimbangannya sendiri. Ia benda yang diterima dan sah. Kami faham itu dan akan cuba melakukan apa yang perlu dilakukan secepat mungkin. Tidak akan ada 10 pemain. Ia akan kurang daripada itu. Tetapi, kami memerlukan mereka jadilah pemain yang tepat supaya kami dapat melengkapkan skuad. ,” tutup Davide Vagnati lagi.

Baca yang lain