Video Pengenalan Stadium Baru Guangzhou Evergrande Berkonsepkan Lotus, Antara Terbesar Di Dunia

Guangzhou Evergrande sudah bersiap sedia untuk membina stadium baharu mereka.

Kerja pembinaan stadium tersebut dilaporkan sudah bemula minggu ini, sebaik sahaja kerajaan China memberikan kebenaran.

Kelab tersebut mahu menjadikan stadium mereka sebagai salah satu stadium terbesar di dunia dengan 100,000 tempat duduk.

Xinhua Agency mendedahkan bahawa, stadium bahru Guangzhou Evergrande berkeluasan ​​150,000 meter persegi.

Pemilik kelab, Kumpulan Evergrande melabur sekitara 12 billion Yuan ataupun USD1.7 billion (RM6.8 billion) untuk pembinaan stadium tersebut.

Presiden Kumpula Evergrande, Xia Haijun yakin bahawa stadium baharu itu akan siap sepenuhnya menjelang Disember 2022.

Mereka berharap stadium tersebut akan dapat menjadi hos kepada acara pembukaan Piala Asia 2023.

Semalam mereka mengeluarkan video pengenalan khas untuk projek stadium tersebut.

Rekaannya berbentuk bunga lotus ataupun teratai. Di dalamnya dipenuhi dengan teknologi yang serba canggih.

Stadium tersebut boleh berubah ubah warna seperti mana kebanyakan stadium baharu hari ini .Malah, papan skor pun akan berada pada pancaran bumbung dari dalam.

Nah saksikan video ini:

Amacam? Padu tak?

Baca yang lain