[VIDEO] Penghargaan Detik Pogba Mem-voli United Ke Puncak & Statistik Luar Biasa Beliau

Manchester United kini berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan 1-0 ke atas Burnley. Voli cantik pada babak kedua dari Paul Pogba mengesahkan kemenangan untuk melonjakkan Red Devils tiga mata di atas juara bertahan Liverpool menjelang pertembungan Afield pada hari Ahad.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer tidak pernah kalah dalam perlawanan di gelanggang lawan sepanjang musim ini, rekod yang cukup luar biasa.

Ia adalah babak pertama yang kontroversi di Turf Moor, dengan Robbie Brady bernasib baik kerana tidak mendapat kad merah kerana melakukan kekasaran.

Pemain Ireland itu mengasari penyerang United sebagai pemain pertahanan terakhir, tetapi dia diselamatkan setelah VAR.

Beberapa minit selepas kegilaan VAR itu,  gol Harry Maguire pula tidak dibenarkan kerana didakwa mengasari Erik Pieters.

Selepas bergelut sepanjang malam dengan banyak percubaan gol dan penguasaan bola, Pogba akhirnya muncul bagaikan suria pagi. Pogba melakukan voli dengan teknik kemas. Gol itu selayaknya dimiliki United setelah berhempas pulas sepanjang malam cuba menembusi Nick Pope.

Pastinya gol itu disambut dengan jeritan kegembiraan fans Man United, dan mungkin ada yang kena marah dengan bini pagi pagi buta.

Menariknya gol itu mirip dengan gol Pogba sebelum ini. Cuma execution adalah manerusi first time shot, hasil umpanan rendah.

Statistik Pogba

Pogba mencatatkan salah satu karya gol yang penting dan pada masa sama mencipta statistik yang cemerlang. Sudah tentu ini bukanlah persembahan sebegini ditagih oleh peminat daripada Paul Pogba.

Pogba menjadi pemain yang memenangi 100% bentesan di tengah padang. Dengan rekod 90% hantaran tepat. Beliau juga sangat rajin malam ini dengan 8 kali memenangi semula bola.

Membantu mengeluarkan 5 bola bahaya serta melakukan 1 shot dan 1 gol. Pogba menunjukkan kualitinya sebagai playmaker Box to Box dengan 25 hantaran di final third.

Selain itu Pogba menjadi pemain paling banyak menyentuh bola dan memenagi duel pada aksi kali ini. Beliau juga pemain paling banyak memenangi sepakan percuma, paling banyak mengeluarkan bola, paling banyak mencipta peluang.

Segalanya serba serbi sempurna buat Pogba ketika ini.

Harus diakui Paul Pogba antara pemain tengah terbaik dalam generasinya. Namun kerapkali diganggu isu di luar padang melibatkan ejennya yang suka cari gaduh dengan pengurusnya.

Diharap Mino Raiola tak buat hal pada baki musim ini dan biarkan Pogba terus fokus kepada aksi di atas padang.

Sebagai tambahan, ini adalah kali pertama Man United merasai berada di tangga teratas selepas 17 perlawanan sejak kali terakhir pada 2012/13, pada musim terakhir mereka memenangi Liga Perdana Inggeris.

Baca yang lain