[VIDEO] Pengulas Arab Tak Tahan Dan Tergelak Melihat Pemain Urawa Berterabur Digelecek Messi

Lionel Messi malah membuatkan pengulas perlawanan sempat ketawa kerana tak mampu menahan rasa nak gelak semasa perlawanan persahabatan pramusim Paris Saint-Germain menentang Urawa Reds pada hari Sabtu.

Penyerang legenda Argentina itu memulakan perlawanan di bangku simpanan sebelum memasuki padang ketika berbaki 30 minit untuk bermain dan memukau penonton di dalam Stadium Saitama dengan beberapa detik magisnya.

PSG sudah mendahului 2-0 apabila Messi dimasukkan, hasil gol separuh masa pertama daripada Pablo Sarabia dan Kylian Mbappe.

Messi hampir mencatatkan dirinya sebagai penjaring tetapi penyerang muda Arnaud Kalimuendo yang menjaringkan gol ketiga dan terakhir PSG pada perlawanan itu.

Pemenang tujuh kali Ballon d’Or Messi, yang meraikan ulang tahunnya yang ke-35 bulan lalu, dia disambut dengan sorakan meriah sepanjang 30 minit penampilannya.

Dia mencipta beberapa peluang menjaringkan gol, memaksa penyelamatan daripada penjaga gol Ayumi Niekawa.

Messi juga tidak menunjukkan belas kasihan kepada seorang pemain Urawa Reds yang cuba bertarung dengan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman itu.

Dengan beberapa sentuhan sepantas kilat dan beberapa tipu muslihat, Messi meninggalkan beberapa pemain Urawa dalam keadaan berterabur dan menyembah bumi. Lihat dan dengar sendiri pengulas ini tak mampu menahan rasa geli hatinya dan tergelak.

Messi menjadi tarikan utama dalam perlawanan ini walaupun peminat Urawa Red tidak dapat menerima harga tiket dikenakan ke atas mereka.

Penyokong Urawa Red mengingatkan bahawa Bayern merupakan kelab lebih besar daripada PSG. Ini kerana gergasi Jerman itu ada 6 UCL berbanding PSG yang langsung tak ada UCL di dalam kabinet piala mereka.

Sepanduk itu bertulis: “3000 yen [RM98.20] untuk Urawa vs 6 kali juara Liga Juara-Juara Bayern dan 8000 yen [RM261.80] untuk Urawa menentang PSG yang belum memenangi Liga Juara-Juara. Awak bergurau ke?”

Lebih mahal kalau peminat membeli tempat duduk di main stand. Di mana mereka harus membayar sehingga 28,000 yen [RM916.15]. Bagi tempat duduk VIP pula berharga bermula dari 100,000 yen [RM3,271.80]. Bagi yang kaya sikit nak duduk kat kamar koporat boleh mebayar 1 juta yen ataupun sekitar RM32,718.00.

Harus diakui dari segi nilai komersial, PSG memiliki mega bintang yang mampu menarik perhatian peminat datang ke stadium. Mereka ada Kylian Mbappe, Messi, Neymar, itu antara nama yang menghiasi senarai skuad PSG.

Messi sudah menyatakan komitmennya untuk terus kekal bersama PSG pada musim ini. Messi menunjukkan aksi cemerlang sepanjang pra musim kali ini. Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi yakin bahawa dunia akan menyaksikan versi terbaik Lionel Messi pada musim baharu ini.