VIDEO Pengumuman: Hari Raya Aidilfitri Disambut Lusa

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada lusa, ataupun pada hari Ahad ini. Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020,” katanya.

Dengar pengumuman Raya di sini:

Pengumuman tarikh sambutan Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan pada 8 malam.

Aidilfitri tahun ini bakal disambut dengan cara yang berbeza daripada sebelum ini. Di mana ia bakal disambut dalam normal baharu berikutan wabak yang melanda.

Kerajaan masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Semua perjalanan rentas antara negeri tanpa alasan munasabah dan surat kebenaran adalah dilarang dan merupakan satu kesalahan.

Selain itu semua yang meraikan Hari Raya diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial. Termasuk tidak menerima tetamu lebih daripada 20 orang pada satu masa.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat pemeriksaan di semua kawasan perumahan sepanjang Aidilfitri ini, bagi memastikan setiap kediaman tidak menerima tetamu lebih daripada 20 orang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PDRM dan ATM akan membuat siasatan lanjut terhadap kediaman yang memiliki banyak kenderaan di halaman rumah.

“PDRM dan ATM akan membuat rondaan ketika Hari Raya di setiap kawasan. Jika didapati ada banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan semak kediaman itu untuk mengenal pasti jumlah tetamu.

“Sekiranya ada banyak kenderaan, berkemungkinan ada ramai orang dalam rumah itu, dan polis akan siasat.

“Saya nak ingatkan bahawa PDRM dan ATM akan sentiasa memantau sepanjang Aidilfitri ini bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan kerajaan,” katanya pada pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, beberapa hari lalu.

Selamat Hari Raya kepada semua – in advance.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan