[VIDEO] Pengurus Benfica: “3 Dekad Jadi Jurulatih, Itulah ‘Miss’ Paling Teruk Aku Saksikan”

Pengurus Benfica Jorge Jesus memuji disiplin pasukanya ketika bertahan dalam keputusan seri 0-0 menentang Barcelona.

Barcelona menguasai perlawanan namun tidak mencipta peluang yang cukup dalam perlawanan ini.

Benfica berkira kira bahawa peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya lebih cerah jika mereka menewaskan Barcelona. Ini kerana ianya akan meletakkan Benfica akan berada di atas Barca pada hari terakhir peringkat kumpulan.

Dan peluang itu hadir pada masa kecederaan. Peluang terakhir dalam perlawanan tersebut, apabila Haris Seferovic dalam kedudukan 1 lawan 1 dengan penjaga gol.

Seferovic menerima bola daripada rakannya, dan berjaya menggelecek Ter Stegen dengan menyungkit bola melepasi penjaga gol tersebut.

Malangnya, Seferovic gagal merembat masuk bola dalam keadaan tiang gol sudah ternganga di hadapannya.

Jorge Jesus dengan spontan di tepi padang menunjukkan reaksi seolah olah tak percaya dengan apa yang berlaku.

“Pertahanan Benfica pada hari ini  sangat kuat. Memang benar sepanjang 34 minit Barcelona mempunyai satu atau dua peluang untuk menjaringkan gol.”

Jorge Jesus seterusnya menyatakan bahawa kegagalan Seferovic menjaringkan gol menerusi peluang terbuka sebagai paling teruk pernah dia saksikan di depan matanya sendiri selaku pengurus.

Seferovic malah masih boleh memilih untuk mengembalikan bola kepada rakannya yang berada dalam situasi 2 v 1 depan gol.

“Dalam situasi di mana tiada ‘penjaga’ pun berada di sana. .. Dalam 30 tahun saya menjadi jurulatih, saya tidak pernah melihat ‘miss’ seperti itu, tetapi ianya baru sahaja berlaku kepada saya dan Benfica,” kata jurulatih itu kepada CNN Portugal.

Jorge Jesus tanpa berselindung menyatakan bahawa hatinya hancur lebur melihat kegagalan Seferovic tersebut yang dianggap media sebagai miss of the season dalam UCL musim ini.

“Perkara seperti itu boleh berlaku dalam permainan bola sepak.”

“Saya tidak pernah lagi melihat para pemain saya boleh terlepas peluang seperti itu. Ianya hampir mustahil berlaku dalam bola sepak. Itu perkara yang mengejutkan semua.”

Walaupun kecewa dengan Seferovic yang gagal menyempurnakan peluang keemasan, Jorge Jesus tetap berbangga pasukannya menunjukkan karakter terpuji di Nou Camp.

“Kami hari ini menunjukkan bahawa kami berhak untuk mara. Namun segalanya akan bergantung kepada diri kami sendiri.”

“Pasukan mencipta peluang, kami mencatatkan keputusan yang membuatkan kami bermimpi, ia tidak bergantung kepada kami.”

“Kami perlu berjuang dan hanya ada satu perlawanan lagi. Kami memberikan saingak kepada Barcelona, ​​​​sebuah pasukan yang sentiasa berupaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah.”

“Ini telah membanggakan kami menunjukka kepada peminat kami, kerana pasukan ini [Benfica] menunjukkan karakter sebuah pasukan yang hebat di sini.”

Saksikan miss of the seasin daripada Seferovic itu di sini:

Baca yang lain