Atletico Madrid terpaksa memberikan penampilan sulung kepada penjaga gol pasukan remaja sebagai pemain luar [outfield player] dalam perlawanan pramusim kelmarin dengan suasana yang sangat unik dan pelik.
Antonio Gomis merupakan pemain penjaga gol untuk pasukan B Atletico. Prestasi cemerlangnya musim lalu membuatkan dia dimasukkan dalam skuad pasukan utama dalam pramusim.
Lebih menarik, dia berjaya membuat debut tak kompetitif atau penampilan sulung dalam aksi pershabatan untuk pasukan utama menentang pasukan divisyen tiga Sepanyol Numancia dengan cara yang benar-benar aneh.
😳¡INSÓLITO!
🧤¡El tercer portero del ATLETI sale a jugar… y lo hace de DELANTERO!
👉Antonio Gomis entra al terreno de juego por la lesión de Hermoso. pic.twitter.com/r60uJyKyUL
— El Chiringuito TV (@elchiringuitotv) July 27, 2022
Selain itu terdapat juga insiden di mana ada penyokong yang mengambil kesempatan berselfie dengan Koke ketika pemain itu sedang bersiap sedia mahu mengambil sepakan penjuru.
Numancia v Atletico Madrid in some local park
– Protest against the CR7 rumours
– Koke taking a selfie mid corner
– Atletico Madrid B keeper Antonio Gomis coming on as a winger due to an injury with Felipe's kit onPre season football ladies and gents 😂 pic.twitter.com/sujj6wPd4C
— Jav 🇪🇸 (@JavSrn4) July 27, 2022
Perlawanan itu, yang dimenangi Atleti 4-0. Simeoni dilihat benar benar berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang menjaringkan 4 gol dalam masa 52 minit.
Thomas Lemar membuka jaringan untuk Atletico selepas hanya lapan minit dan kelebihan mereka digandakan hanya selepas setengah jam apabila Angel Correa menjaringkan gol.
Geoffrey Kondogbia menjadikan kedudukan 3-0 pada tamat separuh masa, dan hanya mengambil masa tujuh minit sebelum separuh masa kedua untuk Matheus Cunha mencatatkan kedudukan empat kosong, dengan persiapan musim jelas semakin meningkat menjelang kunjungan ke Getafe pada 15 Ogos .
Cuma perkara yang kurang menggembirakan Simeone adalah satu lagi senarai kecederaan. Idea utama pra musim adalah untuk membina semula kecergasan fizikal.
Pemain pertahanan Mario Hermoso terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan. Simeone tidak mahu merisikokan pemain utamanya yang lain dalam perlawanan ini. Memutuskan untuk menggunakan pemain penjaga gol berusia 19 tahun.
Gomis kelihatan benar benar sudah sedia dan memahami peranan yang dimahukan pengurusnya. Seolah olah dia memang dah diberitahu lebih awal akan peranannya jika diperlukan dalam situasi tersebut.
Dia pada mulanya memakai jersi Nahuel Molina, tetapi kemudian menanggalkannya dan akhirnya membuat penampilan sulungnya memakai jersi nombor 18 yang merupakan jersi pemain pertahanan Felipe.
🚨| Academy GOALKEEPER Antonio Gomis comes in for Mario Hermoso to play as a center-back.
He first wears Nahuel Molina’s shirt and then switches to Felipe’s shirt. 😂😂😂
[📸 @JaviGomezCh] pic.twitter.com/u1HtAPnHUK
— Atletico Universe (@atletiuniverse) July 27, 2022
Gomis diarahkan bermain sebagai pemain sayap serangan. Dan dia terus menunjukkan salah satu aksi menarik dengan kakinya yang pantas. Dia melakukan skil yang disebut drag back. Mengacah lawan dengan skil yang mirip kepada Cruyff Turn itu tetapi bezanya Drag back memerlukan 2 sentuhan pancung berbanding satu sentuhan sahaja dengan Cruyff Turn.
Saksikan di sini:
Antonio Gomis (portero del b) || Highlights vs Numancia || 2022. pic.twitter.com/Oj3MMatfeL
— Parte Médico (@PartemedicoATM) July 27, 2022
Aksi itu telah membuatkan Gomis menjadi perhatian. Ramai yang berpendapat sebenarnya pemain itu adalah ball playing keeper yang sangat bagus.
Dalam taktikal Atletico sekarang, merekan tidak menggunakan aspek ball playing keeper sangat. Siapa tahu Gomis akan menjadi sasaran pengurus seperti Pep Guardiola atau pengganti kepada Manuel Neuer pada satu masa nanti di Bayern?
Ada juga yang menganggap cameo oleh Gomis ini bukan sekadar gimik atau suka suka. Di mana sebelum ini ada juga penjaga gol bermain sebagai pemain luar namun sekadar untuk bersantai dan suka suka.
Berbeza dengan Gomis, dia memberikan aksi terbaiknya sebagai pemain luar.
Simeone memberikan Gomis peluang beraksi selama 14 minit. Salah satu tujuannya adalah memberikan pemain itu minit untuk kecergasan.
Ketika ini penjaga gol no.1 Atletico ialah Jan Oblak. Dan Simeone mungkin akan membangunkan Gomis sebagai pesaing kepadanya. Atletico terkenal dengan keupayaan mereka melahirkan penjaga gol elit seperti Oblak, Courtois dan De Gea.