Penjaga gol Benfica B Samuel Soares menjaringkan gol yang berlaku sekali dalam seumur hidupnya, di mana dia telah merembat jauh dari luar kotaknya sendiri pada hari Isnin.
Penjaga gol mendapati pasukannya ketinggalan 1-0 di belakang Trofense dalam Liga Segunda, divisyen kedua bola sepak Portugal. Tetapi detik kegeniusannya pada minit ke-65 menyaksikan dia mengambil keputusan sendiri apabila dia mengawal bola dengan baik di luar kawasannya dan menendangnya ke hadapan.
Soares yang mungkin sudah geram dengan kegagalan penyerang menjaringkan gol telah mengambil keputusan yang mengubah sejarah kariernya. Gol itu akan diingati selamanya.
Kekuatan sepakan Soares yang begitu kuat pada serangan telah membantunya pada masa tepatuntuk menjaringkan gol.
Ketika percubaannya melepasi penjaga gol lawan, terkena bahagian bawah palang dan terus masuk.
Kelajuan bola itu bak peluru berpandu balistik yang terus ke sasaran.
Dia meraikannya dengan belari ke arah bulatan tengah, melambai ke arah rakan sepasukannya dan berlari kembali ke gawangnya ketika rasa tidak percaya mencengkam seluruh stadium.
Dan gol penyamaan beliau malah membantu mencetuskan kebangkitan yang menakjubkan ketika Benfica B terus menang 2-1.
Menjelaskan gol berkelas dunianya selepas perlawanan, Soares berkata: “Saya melihat penjaga gol mereka berada selangkah di hadapan dan, setelah mendapati angin yang memihak kepada saya, saya memutuskan untuk mengambil risiko. Ia berjalan lancar, ia adalah sesuatu yang akan kekal terukir dalam ingatan ramai.”
Ramai yang merasakan bahawa gol ini akan dicalonkan di dalam Puskas tahun hadapan.
Saksikan sendiri gol itu di sini:
Give the Puskas award to Benfica youth goalkeeper Samuel Soares, immediatelypic.twitter.com/WIPVgjHxqo
— Jack Kenmare (@jackkenmare_) November 7, 2022