[VIDEO] Penjaga Gol Ivory Coast Tersembam Dan Lepaskan 3 Mata Saat Akhir

Penjaga gol Ivory Coast Badra Ali Sangare hanya mampu menangis meratapi bola yang bergolek terlepas ke kaki lawan untuk menghadiahkan Sierra Leone gol penyamaan lewat dalam Piala Negara-Negara Afrika / AFCON.

Ali Sangare yang cuba menangkap bola telah tersembam dan bola terlepas dari dakapannya.

Sebelum ini, Sierra Leone berjaya meraih mata mengejut dalam perlawanan pembukaan AFCON sebelum ini. Apabila pemain terbaik perlawanan, Mohamed Kamara menjadi perhatian dunia kerana prestasi cemerlangnya di gawang gol.

Dia ketika itu menunjukkan aksi berkelas dunia untuk membantu negaranya mengelak daripada kalah dalam aksi pembukaan.

Pada petang Ahad, sekali lagi menjadi kisah penjaga gol yang menentukan nasib Sierra Leone, cuma kali ini penjaga gol pasukan lawan iaitu penjaga gol Ivory Coast pula yang menjadi tajuk utama dalam kisah kutipan mata mereka,

Dengan pasukan Ivory Coast mendahului 2-1 dalam masa kecederaan, Sangare pergi untuk menangkap bola dari tandukan pertahanannya sendiri. Dia cuba untuk menghalang daripada tendangan sudut yang boleh mendedahkan pasukannya kepada bahaya.

Malangnya, pemain penjaga gol berusia 35 tahun itu tersangkut dan tersembam di atas permukaan padang yang teruk lalu menumpahkan bola dari tangannya. Dia agak kesakitan ketika itu. Dan Alhaji Kamara menggunakan kesempatan yang ada menjadikan kedudukan 2-2 selepas menerima hantaran daripada rakannya.

Detik itu benar benar menyakitkan Sangare secara fizikal dan mental.

Sangare turut tidak dapat meneruskan perlawanan selepas insiden itu, begitulah kesakitan yang dialaminya.

Dengan ketiga-tiga slot pemain gantian telah dibuat oleh François Zahoui, maka mereka tidak boleh memasukkan lagi pemain gantian dari kerusi simpanan pemain.

Maka, Serge Aurier – pertahanan Spurs – terpaksa menjadi penjaga gol yang berkawal di depan gawang pasukannya untuk baki perlawanan.

Ianya juga dianggap satu lagi insiden yang pelik dalam perlawanan ini selain daripada kisah penjaga gol utama mereka yang hanya mampu menangis melihat bola masuk.

Côte d’Ivoire ataupun Ivory Coast telah memulakan kejohanan mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Equatorial Guinea dan akan menjangkakan untuk mengutip tiga mata lagi untuk memastikan tempat mereka ke peringkat kalah mati.

Sebastian Haller meneruskan prestasi cemerlangnya musim ini, di mana dia menjaringkan 10 gol dalam enam perlawanan Liga Juara-Juara, dengan membuka tirai jaringan selepas 25 minit.

Musa Noah Kamara menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-55 tetapi ianya hanya bertahan 10 minit, ketika Nicolas Pepe, yang merupakan winger Arsenal, sekali meletakkan Ivory Coast di depan.

Sudah tentu Sierra Leone tidak menjangka mereka akan bernasib sangat baik ketika penjaga gol lawan tersandung di atas padang ketika cuba menangkap bola dan menyamakan kedudukan lewat perlawanan.

Saksikan detik kesayuan Sangare itu di sini:

Insiden itu mendapat perhatian ramai pihak. Ianya dianggap penerus tradisi AFCON yang sentiasa sarat dengan kisah dramatik dan pelik. Aurier pasti lega kerana lawan tidak melakukan percubaan bahaya ke atasnya dalam perlawanan ini.

Bintang Ivoryu Coast dan Arsenal iaitu Nicolas Pepe dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas menunjukkan aksi cemerlang serta menjaringkan 1 gol dalam perlawanan ini.

Ada juga yang simpati dengan Sangare kerana permukaan padang yang sangat teruk. Sesiapa sahaja boleh cedera. Ataupun berisiko cedera dengan lebih teruk lagi.

Kejohanan Piala AFCON musim ini diadakan di Cameroon. Dengan ramai bintang yang berpangkalan di liga utama Eropah turun untuk beraksi. Antaranya, Mohamed Salah, Sadio Mane, Riyad Mahrez dan Pierre Emerick Aubameyang yang masing masing menjadi senjata utama pasukan mereka.

Baca yang lain