[VIDEO] Penjelasan Padu Luis Enrique Tentang Mitos Sepanyol Bermain FALSE 9 Pada Euro 2020

Luis Enrique baru sahaja membuka akaun Twitch beliau untuk berkomunikasi secara langsung dengan penyokong sepanjang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Enrique sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia akan terus berbicara dari hati ke hati dengan para peminat menerusi platform tersebut.

Terbaru, dalam segmen podcastnya, dia telah menjelaskan kenapa Sepanyol tak boleh disebut bermain FALSE 9 ketika Euro 2020 yang lalu.

Kekeliruan tentang false 9

Ada banyak kekeliruan tentang false 9. Peminat akan menganggap, asal pemain penyerang utama drop ke belakang terus dikira False 9.

Untuk pasukan yang ada pure no.9, mereka tidak boleh dikira bermain false 9 walaupun pemain itu turun sampai ke tengah sekalipun.

Misalnya Antoine Griezmann, tidak boleh disebut false 9 walaupun dia tak berada di zon atas sepanjang masa. Kalau dia menjadi penyerang utama, maka dia disebut no.9.

Itu yang Enrique jelaskan kepada peminat. Kalau Messi boleh disebut false 9 sebab dia memang  bukan no.9 tulen. Begitu juga dengan Fabregas satu ketika dahulu bersama Sepanyol.

Enrique berkata: “Ada idea untuk bermain dengan no.9 tulen berdepan Itali pada Euro.”

“Dengar sini, kita akan membuang satu lagi mitos perkara perkara tersebut, kepada mereka yang selalu berkata kita bermain false 9. Kita tidak bermain dengan False 9! Titik!”

“Hakikatnya kita bermain dengan seorang no.9, Morata, itu adalah pemain no.9 tulen. Atau Marco yang bermain no.9 atau Dani Olmo ketika menentang Itali.”

“Sesiapa sahaja yang bermain dalam peranan itu, akan bermain di zon yang sama.”

Enrique kemudian menjelaskan, setiap penyerang mereka ada profile atau gaya permainan berbeza. Dan cabaran beliau dan staf kejurulatihan adalah mencari satu sistem yang sesuai.

“Apa yang berlaku, profile setiap pemain adalah berbeza,” jelas mantan pengurus Barcelona itu.

“Misalnya Marco, dia adalah pemain yang datang untuk menerima bola, dan memberikan kamu kesinambungan dan boleh berpusing dan pergi keluar ke dua bahagian.”

“Alvaro [Morata], adalah pemain yang turut memiliki kualiti untuk meneruskan kesinambungan taktikal kita. Pemain pertama yang akan menjana superiority [kelebihan secara unit], namun dia lebih cenderung bermain di celah celah pemain lain.”

“Dengan adanya situasi yang berbeza beza, maka setiap pemain dengan profile tersendiri akan memberikan kamu [impak dengan cara mereka].”

“Kita mahukan sinergi yang tinggi dalam membentuk unit pemain yang melengkapi antara satu sama lain.”

“Dan kita sentiasa cuba menghubungkan pemain agar ada kontak [hubungan] antara mereka dan keupayaan untuk menghubungkaitkannya.”

“Namun ia bukan false 9, cakaplah apa sahaja kamu suka [selain false 9]. No.9 biasa…”

“Dan jika kamu melihat no.9 kita, mereka kerap menerima bola di zon antara pemain bek tengah lawan dan pivot [zon 14 tu].”

“Kita lebih banyak menerima bola di kawasan itu berbanding mana mana pasukan lain [pada masa itu], melibatkan situasi no.9, [memberikan mereka] hantaran rendah, hantaran yang sesuai dan sesedap rasa banyak kali.”

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di