Penyokong Arsenal sudah melalui banyak suka duka sejak beberapa musim ini. Namun pertama kalinya mereka melakukan sorakan ironik kepada pasukan mereka sendiri.
Penyokong Arsenal yang bertandang ke Etihad dilihat meraikan gol keempat Manchester City yang dijaringkan oleh Rodri.
Sekaligus memberikan isyarat kepada Arsenal bahawa penyokong mereka kini sedang berada dalam tekanan yang paling teruk.
Arsenal musim ini sudah berbelanja GBP129 juta. Namun mereka banyak membeli pemain yang masih muda serta tidak proven dengan harga tidak masuk akal.
Dua kekalahan pada awal musim di tangan Brentford dan Chelsea. Kini mereka menelan satu lagi kekalahan di Etihad.
City di hadapan seawal minit ke-7 lagi menerusi Ilkay Gundogan.
Arteta was checking when the game was over in the 9th minute😭 pic.twitter.com/5PCdtCY0t2
— Gunners (@Gunnersc0m) August 28, 2021
Lima minit kemudian, Etihad bergema lagi dengan sorakan penyokong City menerusi gol kedua oleh Ferran Torres.
Pemain senior yang baru mengumumkan dia gembira terus kekal di Arsenal, Granit Xhaka sekali lagi menunjukkan bahawa dia memang cintakan kad merah.
Ini bukan kali pertama Xhaka mendapat kad merah ketika pasukan memerlukannya.
Xhaka sebelum ini hampir dijual ke AS Roma. Namun Arsenal enggan menerima tawaran rendah daripada AS Roma.
Dan Xhaka menjadi pemain paling banyak kad merah sejak musim 2016/17, menyamai rekod David Luiz dan Fernandinho.
4 – Since the start of the 2016-17 season, no player has been sent off more often in the Premier League than Granit Xhaka (4, level with Fernandinho and David Luiz). Reckless. pic.twitter.com/oG2sscv9tD
— OptaJoe (@OptaJoe) August 28, 2021
Beraksi sepuluh orang pemain, Arsenal bocor lagi pada minit ke-43 menerusi gol Gabriel Jesus.
Bersambung babak kedua, hanya pada minit ke-53, Rodri menjadikan kedudukan 4-0. Rodri menerima hantaran Ferran Torres dan melencongkan bola.
Penyokong Arsenal bersorak meraikan gol tersebut, sindiran kepada Arteta bahawa mereka semakin hilang kepercayaan kepada proses yang dicanang oleh pengurus itu.
Arteta hanya terdiam membisu melihat reaksi penyokong Arsenal.
Look what arteta has done to Arsenal fans😪. Celebrating Man City goal pic.twitter.com/kvoqHsVIWF
— Zak 𒊹︎ (@ZakOnlyFacts) August 28, 2021
Amat sukar untuk menerima hakikat penyokong Arsenal melakukan gesture seperti itu. Mereka selama ini sangat setia menyokong pasukan walaupun selalu meluahkan kemarahan di media sosial.
Mesej ini seharusnya dipandang serius oleh Arteta.
Arsenal pada satu ketika hanya ada 9% penguasaan bola di atas padang. Penguasaan bola yang paling rendah dicatatkan Arsenal dalam sejarah EPL.
Only 9% of possession for Arsenal! 😭😭 Man, this team sucks!!!! pic.twitter.com/KAIKjeF2J5
— Masom Nount (@NkoloGante) August 28, 2021
Ferran Torres menambah derita Arsenal dengan gol kelima. Arsenal kini menelan kekalahan ketiga daripada 3 perlawanan pembukaan EPL musim ini.
Arsenal gagal mencipta sebarang percubaan tepat. Hanya ada 1 percubaan tersasar berbanding 25 percubaan oleh City.
Arsenal's start to the Premier League season:
3 matches
0 goals scored
9 goals conceded
0 wins
3 defeatsBottom of the table. pic.twitter.com/L2h3skGLhi
— Goal (@goal) August 28, 2021
Selepas wisel penamat para penyokong Arsenal tetap bertepuk tangan untuk pasukan yang mereka sayangi. Orang kata, marah marah sayang. Kerana mereka tahu, pasukan masih memerlukan sokongan mereka ketika dalam situasi dimalukan lawan seperti hari ini.
Arsenal players thank the away fans for their support #AFC pic.twitter.com/iCu2Ax4lT6
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley_) August 28, 2021