[VIDEO] Penyokong Atletico Menyanyi Vinicius Monyet Sebelum Sepak Mula

Penyokong Ateltico Madrid menuai kritikan dari seluruh dunia. Ini selepas mereka bersorak mencela secara rasis Vinicius Jr dengan nyanyian: “Kamu monyet, Vinicius kamu adalah monyet.”

Kontroversi itu mulai ditimbulkan oleh Koke dan juga Pedro Bravo.

Sebelum Derbi Madrid, Koke memberikan amaran kepada Vinicius agar tidak sesekali menari untuk meraikan gol di Wanda Metropolitano kerana ianya akan mengundang masalah.

Pedro Bravo yang merupakan Ketua Persatuan Ejen Bola Sepak Sepanyol dalam ulasannya pula berkata, Vinicius Jr meraikan golnya dengan tarian adalah perkara yang menjengkelkan dan ianya tak ubah seperti seekor monyet.

Kenyataan itu membuatkan ramai pemain yang membidas Pedro Bravo dan menuduh dia rasis. Vinicius Jr menyatakan bahawa dia tidak akan sesekali berhenti menari untuk meraikan gol.

Menerusi muat naik di media sosialnya, Vini Jr berkata: “Saya adalah mangsa kepada xenophobia dan rasisme dalam satu kenyataan yang sama.”

“Tarian ini adalah satu bentuk keraian budaya yang pelbagai di seluruh dunia. Sama ada kamu menerimanya atau tidak, hormatilah ataupun kamu nak jadi hilang akal kerananya.”

“Saya tak akan berhenti menari.”

Neymar dan Pele turut memberikan sokongan kepada Vinicius.  Begitu juga dengan Persatuan Bola Sepak Brazil serta Real Madrid yang membidas kenyataan rasis itu.

Pemain Arsenal, Gabriel Jesus dan Bukayo Saka turut menari nari meraikan gol ketika aksi menentang Brentford dan ianya tanda solidariti buat Vinicius Jr.

Bravo kemudian meminta maaf dan menyatakan bahawa dia telah memilih perkataan yang salah. Dan berkata, perkataan monyet yang gunakan adalah merujuk kepada kelakuan manusia yang kelihatan bodoh dan bukannya merujuk kepada celaan perkauman.

Sebelum sepak mula antara Atletico dan Real Madrid, penyokong mereka telah menyanyikan lagu yang melabel Vinicius Jr sebagai monyet.

Di atas padang, Vinicius Jr dan rakan rakannya cemerlang untuk menang 2-1 ke atas Atletico.

Vinicius malah meraikan gol Rodrygo Goes dengan menari nari bersama rakannya itu yang turut berasal dari Brazil.

Satu lagi gol Real Madrid adalah dijaringkan oleh Fede Valverde yang terus cemerlang musim ini.

Atletico membalas dengan 1 gol menerusi Mario Hermoso yang memanfaatkan kesilapan Thibaut Courtois.

Baca yang lain