Penyokong England ternyata tidak dapat menerima kenyataan kekalahan pasukan mereka dalam aksi final Euro 2020.
England terus gagal memenangi piala major sejak 1966 – di mana ketika itu mereka menjulang Piala Dunia.
Dalam aksi final yang berlangsung di Wembley, England mendahulu seawal minit ke-2 menerusi Luke Shaw. Tetapi aksi hambar mereka separuh masa kedua membolehkan Itali mendapat gol menerusi bek tengah veteran Leonardo Bonucci.
Perlawanan berlarutan ke penentuan penalti. Dan dalam pentuan penalti, England gagal menyempurnakan 3 penalti, manakala Itali hanya 2 yang gagal.
Selepas tamat perlawanan, segelintir samseng bola sepak di England telah menunjukkan perangai tak senonoh. Mereka menyerang penyokong Itali dengan menerajang serta menggunakan kata kata kesat.
Selain itu, mereka juga menggunakan ayat ayat rasis kepada penyokong Itali sambil mengoyak, memijak dan meludah bendera negara tersebut tanda kemarahan mereka.
Situasi itu dirakam dan tular di media sosial. Menunjukkan betapa mereka tidak boleh menerima kekalahan di tangan Itali.
Aksi ini dianggap tidak ada semangat kesukanan. Seterusnya, tindakan mereka menyerang seksyen penyokong Itali sebenarnya melanggar protokol kesihatan dan keselamatan.
Di mana penyokong Itali datang ke England dengan bubble khas. Mereka dilarang melakukan kontak dengan mana mana orang tempatan di England.
Seterusnya, penyokong Itali hanya dibenarkan menaiki bas atau kenderaan khas ke hotel khas dalam lingkungan bubble mereka.
Malangnya tindakan penyokong England itu secara tak langsung membuatkan SOP itu tidak diikuti oleh penyokong tuan rumah sendiri.
Sebelum sepak mula para penyokong England bergaduh sesama mereka di luar stadium.
Rio Ferdinand yang memantau keadaan di luar stadium menyatakan dia terkejut dengan apa yang sedang berlaku, dengan banyak tin bir dan sampah dibaling begitu sahaja dan menjadikan suasana di luar sangat kotor.
Bukan itu sahaja ada peminat England sendiri mulai menyerang instagram Bukayo Saka dengan komen rasis selepas pemain itu gagal menyempurnakan penaltinya.
Disgusting…
England fans have started going at 19-year old Bukayo Saka after his missed penalty in the Euro 2020 Final. pic.twitter.com/RUnQMiLGS2
— ClutchPoints (@ClutchPointsApp) July 11, 2021
Itali Juara Eropah
Itali rasminya menjadi juara Euro 2020 selepas menewaskan England dalam aksi yang berlangsung di Wembley.
Perlawanan bermula dengan gol awal oleh Luke Shaw pada minit ke-2 lagi. Di mana Shaw menerima hantaran seorang lagi bek sayap, Kieran Trippier dan melakukan half voli menewaskan Zizan Donnarumma.
Gol itu merupakan gol terpantas dalam sejarah perlawanan final Euro. Ia juga merupakan gol sulung daripada Luke Shaw di peringkat antarabangsa.
1:57 – Luke Shaw's opener was the quickest ever goal scored in the final of the European Championships, as well as his first ever for the England national team. Dream. #ENG #EURO2020 pic.twitter.com/l80WW6f4ZL
— OptaJoe (@OptaJoe) July 11, 2021
Kemudian England memperlahankan tempo permainan mereka, cuba menarik pemain Itali ke kawasan mereka.
Itali menguasai banyak bola, namun sanga lemah pada produk akhir. Banyak hilang bola di final third dan gugup.
England cuba memerangkap Itali dengan serangan balas, tetapi mereka gagal menambah gol pada separuh masa pertama.
England masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan tipis 1-0.
Masuk separuh masa kedua, England meneruskan rentak tak intensif mereka. Itali semakin agreisif menyerang dan menghadirkan ancaman terutama sekali menerusi Chiesa.
Malang sekali pemain itu tidak dapat meneruskan aksi lebih lama kerana kecederaan.
The end of Chiesa's night due to injury.
Big performance on a big night. #Euro2020Final pic.twitter.com/IZO3EUcYxB
— Plaantik (@Plaantik) July 11, 2021
Pada minit ke-51, Insigne melakukan sepakan percuma yang bahaya namun tidak tepat.
Chiesa kemudian melakukan percubaan leret bahaya yang memaksa Pickford melakukan save kelas dunia untuk menafikannya.
Pada minit ke-64, John Stones melakukan tandukan bahaya daripada situasi sepakan penjuru. Tetapi Donnarumma menafikannya.
3 minit kemudian, Itali mendapat sepakan percuma. Dan keadaan kucar kacir di hadapan Pickford, membolehkan Bonucci mengambil kesempatan.
Bermula daripada tandukan kilas Insigne, ianya dihadang Pickford, namun Bonucci berada di depan bola dengan gawang di depanya. GOL!! 1-1.
34 & 71 – Leonardo Bonucci (34 years and 71 days) has become the oldest scorer in a EURO final, beating the previous record of Bernd Hölzenbein in 1976 (30 years and 103 days). Strike.#ItaliaInghilterra #Euro2020Final #EURO2020 #ITAENG pic.twitter.com/0VC6UhTJOZ
— OptaPaolo 🏆 (@OptaPaolo) July 11, 2021
Pada minit ke-73, Berrardi hampir menambah gol, malangnya beliau gagal menewaskan Pickford yang berjaya mengekkan gawang Tiga Singa bocor lagi. Kelekaan pertahanan terus menghantui England.
Separuh masa kedua berakhir dengan tiada tambahan gol. Bermakna perlawanan diheret ke masa ekstra.
Saka is me having a good few pints for the match and Chiellini is the fact I’ve got work in the morning pic.twitter.com/wyGOGxjabF
— Rudi Kinsella (@RudiKinsella) July 11, 2021
Masa ekstra pertama
Pada babak pertama, Kavin Phillips melakukan voli dari luar kotak penalti yang deras dan mendatar. Namun tersasar.
Minit ke-103, Bernardeschi melalukan percubaan bahaya yang diselamatkan oleh Pickford.
Masa ekstra kedua
Pada babak kedua, Itali memiliki peluang awal menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti. Sekali lagi Pickford bertindak cemerlang menafikannya.
England kemudian mencipta peluang bahaya, namun tiada pemain yang menyudahkannya di hadapan gol.
Pada minit ke-111, Sterling masuk ke byline namun berjaya dahadang oleh Chiellini dengan satu tackle berisiko.
Perlawanan berlanjutan ke penentuan penalti.
Penentuan penalti
Berardi berjaya menewaskan Pickford dengan percubaan yang gagal dibaca penjaga gol England.
Kane tampil menyamakan kedudukan 1-1. Bola beliau berjaya dibaca Donnarumma namun cukup kuat untuk dijangkau.
Belotti kemudian cuba menyepak ke kiri dan ditepis Pickford. Satu lompatan deras daripada penjaga gol England itu dengan tepisan yang keras.
Maguire meletakkan England 2-1 di hadapan dengan sepakan penalti ke top corner.
Leonardo Bonucci turut menyempurnakan sepakannya untuk menjadikan kedudukan 2-2.
Rashford menjadi penyepak ketiga England, namun aksinya yang agak fancy menemui kegagalan. Kekal 2-2 selepas 3 pelaksana dari setiap pasukan.
Bernardeschi menjaringkan sepakan penalti beliau.
Jadon Sancho turut melakukan aktiviti fancy beliau dan ditepis Zizanruma.
Jorginho muncul sebagai pelaksana kelima Itali. Dan kepakarannya diperlukan. Malangnya kali ini Jorginho hop tak menjadi.
Bukayo Saka sedar dia perlu menjaringkan gol ataupun football going Rome.
Sekali lagi Donnarumma melakukan save luar biasa dan memberikan kejuaraan Euro buat Itali.
Italy have now been involved in more penalty shoot-outs than any other nation in European Championship history:
❌ 1980
✅ 2000
❌ 2008
✅ 2012
❌ 2016
✅ 2020
❓ 2020Spot the pattern. 👀 pic.twitter.com/T9jIeRUTOC
— Squawka Football (@Squawka) July 11, 2021