[VIDEO] Penyokong Inggeris Yang Mabuk Bertumbuk Di Luar Kelab Malam Tenerife

Penyokong Inggeris melibatkan penyokong England dan Wales bergaduh dan menimbulkan kekecohan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Tenerife Sepanyol. Kedua dua penyokong mulai ejek mengejek antara satu sama lain.

Wales dan England diletakkan dalam kumpulan yang sama.

Semalam kedua dua pasukan masing masing gagal mencatatkan kemenangan.

Dengan Wales dikejurkan oleh Iran. Di mana skuad Wales kalah 2-0 hasil  2 jaringan masa kecederaan.

Sementara England gagal menewaskan Amerika Syarikat dalam aksi yang dianggap perseteruan Football vs Soccer.

Skuad bimbingan Gareth Southgate mempamerkan aksi hambar. Gagal untuk menepati ekspektasi peminat setelah membantai Iran 6-2 dalam perlawanan pertama.

Di jalanan Tenerife, penyokong Wales dan England yang mabuk telah bertumbuk pula. Kejadian itu berlaku di luar sebuah kelab malam di Tenerife.

Dengan pergaduhan menyaksikan ada yang menggunakan kerusi ibarat aksi WWE.

Video itu ditularkan di media sosial.

Penyokong England dan Wales memang susuh duduk semeja. Penyokong penyokong England memiliki reputasi yang buruk setiap kali kejohanan besar.

Oleh sebab itu polis dan menteri mereka sudah memberikan peringatak kepada mereka agar menjaga tatatusila dan tingkah laku ketika di negara orang. England suka membawa budaya hooligan ke dalam bola sepak apabila bertamu ke negara lain untuk menyaksikan pasukan mereka.

Cuma kali ini kejadian bukan berlaku di negara yang menganjurkan pertandingan, tetapi nun di Sepanyol tu,

Salah satu sebab kenapa kekacauan seperti ini timbul adalah alkohol.

Penyokong England antara yang paling lantang mengkritik Qatar 2022 kerana tiada penjualan alkohol kerana mereka menyatakan bahawa, alkohol dan stadium bola sepak itu harus ada bersama sama.

Namun ada juga penyokong England yang selesa dengan budaya di Qatar, menyaksikan bola sepak tanpa ALKOHOL. Kerana menurut mereka, barulah sokongan sebenar itu keluar tanpa arak mempengaruhi diri mereka.

Kenapa sampai ke Tenerife?

Sebelum ini ramai penyokong Inggeris yang memboikot untuk datang ke Qatar telah memilih Tenerife sebagai tempat untuk menyaksikan Piala Dunia.

Kerana menurut mereka, di Tenerife lebih seronok berbanding dengan Qatar yang melarang banyak perkara.

BACA ARTIKEL: Penyokong England Ini Dedahkan Realiti Qatar Tidak Seburuk Ditulis Media Barat

Sekelompok penyokong England yang berada di Qatar ternyata kesal dengan pandangan media luar terutama sekali media Inggeris dan Barat tentang negara Arab tersebut.

Mereka menyatakan bahawa, di Qatar mereka menikmati masa masa yang hebat di negara tersebut.

Wartawan bertanya pengalaman mereka di Qatar selepas banyak media menyatakan bahawa negara tersebut sangat mementingkan diri dan tidak mesra pelancong.

Seorang peminat menafikannya. Dia berkata, mereka sangat gembira berada di Qatar. Layanan yang mereka terima tiada bezanya dengan layanan di negara lain.

Malah penyokong tersebut menyatakan dia tidak kisah dengan undang undang negara tersebut, kerana itu hak mereka untuk menentukannya.

Kerana tujuan mereka datang ke Qatar untuk bola sepak bukannya datang nak berpolitik atau perkara lain.

Penyokong tersebut dengan wajah teruja berkata: “Sememangnya luar biasa, kami sangat gembira berada di tempat kami sekarang ini. Walaupun tempat kami agak jauh, dan  tempat tinggal kami sekarang, tiada yang lebih baik, layanan yang mesra.”

“Segalanya sangat baik di sini sebagaimana selayaknya.”

“Undang undang mereka, negara mereka, lantak mereka lah.”

“Kita datang ke sini untuk bola sepak, bukannya untuk berpolitik atau benda lain. AYUHHHH ENGLANDD.”

Seorang lagi menyatakan bahawa media sengaja cuba mencari isu yang mereka mahu bangkitkan tentang Qatar.

Dan dia menasihati orang di luar sana jangan terperdaya dengan laporan beberapa media yang cuba memburuk burukkan Qatar.

Dia menambah: “Segalanya di sini baik baik saja kot. Kami berada di sini dan sangat seronok kau.”

“Orang banyak bercakap tentang bir itu bir ini, tapi kita boleh cari benda lain. Misalnya makanan di sini. Kita boleh mendapatkan makanan yang berbaloi dengan wang kita.”

Kemudian peminat yang pertama tadi mencelah: “Tentang penginapan di sini, kami mencari yang paling murah. Kami pun awalnya risau juga, sebab membaca pandangan media tentang negara ini.”

“Kami menginap di kem penempatan penyokong yang besar  tu, dalam satu kluster. Kami ada katil, ada air panas, ada wifi yang laju gila.”

Seorang lagi menambah, mereka seronok berada di situ, dapat mengadakan pesta bersama sama dengan peminat dari negara lain.

Akhir sekali peminat yang keempat menyatakan bahawa dia tidak mampu menggambarkan dengan kata kata, kemesraan dan keramahan rakyat Qatar sejak mereka tiba di negara itu.

Dia rasa seronok walaupun mereka tinggal di tempat yang paling murah.

Kemudian dia menambah: “Ini lebih kepada isu antara Timur dan Barat. Tapi kamu kena hormati rakyat di sini dan budaya mereka.”

Tiada alkohol bukan masalah

Dia mengakui bahawa tanpa alkohol para penyokong dapat menzahirkan sokongan yang lebih semangat yang lebih tulen. Dia melihat lebih banyak kebaikan tanpa alkohol berbanding sebelum ini.

“Dan saya rasa tanpa alkohol, bukanlah perkara yang teruk. Kamu boleh saksikan semangat sokongan lebih tulen kerana tidak dipengaruhi alkohol.”

“Kemudian, saya dapat rasakan, lebih semangat perpaduan. Sebab kadangkala, kamu sendiri tengok, kalau alkohol mempengaruhi peminat,” kata penyokong itu merujuk kepada beberapa insiden penyokong terutama sekali England yang kerap menimbulkan kekacauan.

 

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.