[VIDEO] Penyokong Nigeria Koyak Teruk Tak Layak Piala Dunia Buat Kali Pertama Sejak 2006

Penyokong pasukan kebangsaan Nigeria telah bertindak agresif ketika mereka tidak dapat menerima kegagalan mereka dalam aksi Play Off Piala Dunia 2022.

Selepas wisel penamat dibunyikan, penyokong Nigeria tiba tiba menyerbu masuk ke dalam padang dengan penuh marah dan kecewa.

Keadaan menjadi sangat tegang selepas wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan.

Mereka turut memecahkan kerusi tempat duduk dan bertempur dengan polis. Insiden mengejutkan itu berlaku pada aksi play off Piala Dunia 2022 zon Afrika.

Gas pemedih mata telah disembur oleh pihak berkuasa di Stadium Nasional Abuja pada malam Selasa selepas wisel penamat kerana situasi sukar dikawal.

Mereka mulai memecahkan apa sahaja yang ada di depan mata mereka untuk menunjukkan kemarahan mereka kepada dunia

Klip yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan peminat bergegas keluar dari tempat duduk dan merosakkan kerusi dan menolak papan pengiklanan, sebelum dihalau oleh polis.

Pemain Ghana terpaksa mendapatkan perlindungan selepas mereka baru sahaja mula meraikan kelayakan mereka ke Piala Dunia Qatar bersama dengan hanya sebahagian kecil penyokong pelawat di kalangan gerombolan 60,000 orang penyokong di dalam stadium yang terletak di ibu negara Nigeria itu.

Terdapat juga dakwaan bahawa penyokong pelawat turut menjadi sasaran segelintir penyokong Nigeria yang tidak dapat menerima kekalahan mereka.

Kira-kira 20,000 tiket telah diberikan secara percuma untuk menggalakkan sokongan besar di tempat sendiri untuk perlawanan play-off.

Selepas perlawanan pertama tanpa jaringan di Ghana, Derbi yang digelar Derbi Jollof dalam aksi kedua akhirnya membuka tirai jaringan Thomas Partey.

Di mana Partey melakukan rembatan mendatar dari jarak jauh. Bola stersebut seharusnya dapat diselamatkan oleh penjaga gol Nigeria iaitu Francis Uzoho. Tetapi dia gagal melakukannya pada minit ke-10 perlawanan.

Namun begitu, William Troost-Ekong menyamakan kedudukan untuk Nigeria menerusi sepakan penalti pada minit ke-22 perlawanan.

Kemudian, tiada tambahan jaringan dilakukan oleh kedua dua pasukan. Aksi berakhir 1-1 dan secara agregat juga 1-1.

Tetapi Black Stars melihat kelebihan gol di tempat lawan untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022, setelah terlepas Piala Dunia di Rusia empat tahun lalu.

Kegagalan untuk layak adalah yang pertama buat Super Eagles sejak 2006. Dan ternyata peminat mereka tidak dapat menerimanya.

Mereka melepaskan kemarahan mereka dengan menceroboh masuk ke dalam kawasan padang.

Keadaan tersebut sememangnya sangat mendebarkan. Kekacauan penyokong bukan perkara yang boleh diambil mudah dalam bola sepak.

Petugas keselamatan stadium memberikan bantuan dan perlindungan kepada penyokong Ghana untuk keluar daripada stadium tersebut dalam keadaan selamat.

Ini selepas ada di kalangan penyokong Ghana turut diserang di dalam stadium dengan ada samseng bola sepak masuk ke seksyen mereka. Tindakan yang sangat tidak patut daripada penyokong tuan rumah.

Para pemain turut dibantu oleh petugas keselamatan dalam proses mengevakuasi mereka daripada kawasan padang. Ini untuk mengelak kejadian yang tak diingini berlaku.

Kegagalan layak ke Piala Dunia, ditambah pula dengan kalah di tangan musuh tradisi, Ghana yang menyingkirkan mereka – ianya memang tidak dapat diterima peminat Nigeria.

Nigeria merupakan kuasa besar bola sepak Afrika. Mereka memang dikenali dengan sikap penyokong yang terlalu bangga diri menganggap mereka adalah negara Afrika terbaik dalam semua bidang termasuk bola sepak.

Insiden ini pastinya akan dipadang serius oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika / AFCON.  Malah mungkin akan juga menjadi isu yang akan dibahaskan oleh FIFA.