[VIDEO] Penyokong Sheriff Tak Dapat Menahan Diri Daripada Menjerit SIUUUU Walaupun Awalnya Mereka Bengang

Cristiano Ronaldo akhirnya menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika membantu Manchester United kembali ke landasan kemenangan dalam kempen Liga Europa selepas menewaskan Sheriff Tiraspol 2-0 di Moldova awal pagi tadi.

Selepas tewas kepada Sociedad, Khamis lalu, anak buah Ten Hag menyedari mereka tidak boleh melakukan kesilapan di Chisinau.

Bertemu Syerif, juara Moldova yang menewaskan Real Madrid pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim lalu, bukanlah tugas yang mudah.

Ten Hag meletakkan barisan terkuat dengan Ronaldo mengetuai barisan, dengan Sancho, Bruno Fernandes dan pemain sayap Antony dalam kesebelasan utama.

Ronaldo mengharungi tujuh perlawanan tanpa jaringan sebelum bintang Portugal itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-39.

Gol itu membantu bangkit daripada kekalahan mengejut 1-0 kepada Real Sociedad dalam aksi pembukaan Kumpulan E di laman sendiri minggu lalu.

Walaupun sebelum ini Ronaldo tidak begitu teruja untuk beraksi di UEL dan mendesak perpindahan ke kelab UCL.

Namun pemain itu kekal profesional dalam usahanya membantu pasukannya.

Pemain berusia 37 tahun itu dilihat benar benar terdesak mahukan gol untuk menjadi kick start kepada musimnya secara peribadi.

Sebelum ini, Jadon Sancho memberi permulaan yang baik kepada United apabila meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-17. Sancho menjaringkan gol pada hari yang sama dia digugurkan daripada senarai skuad Gareth Southgate untuk aksi UNL.

Ramai peminat merasakan Sancho tidak dilayan adil apabila dia tak dipanggil ke skuad Three Lions. Ini kerana pemain itu sudah mendapatkan semula minit permainannya dan sudah menjaringkan beberapa gol musim ini.

Tetapi yang paling menarik perhatian adalah detik Ronaldo meraikan gol penaltinya. Pada awalnya, ramai penyokong tuan rumah yang mengejeknya dengan sorakan boo. Mereka membantah penalti tersebut.

Ketika Ronaldo menjaringkan gol pun masih ada peminat yang terus mengejek Ronaldo. Tetapi aura pemain itu terlalu kuat. Ketika dia melompat untuk meraikan gol pertamanya dengan keraian SIUUUUU… satu stadium tiba tiba menyambut pendaratan lompatannya dengan bergema bunyi SIUUUUU.

Mereka ternyata tidak mampu menahan diri daripada meraikan gol Ronaldo di stadium mereka. Detik yang mungkin hanya akan berlaku sekali dalam seumur hidup penyokong kelab seperti Sheriff Tiraspol.

Saksikan di sini:

Pengurus United, Erik ten Hag gembira dengan sumbangan Ronaldo dalam pertemuan menentang Sheriff tetapi percaya pemain itu perlu meningkatkan tahap kecergasannya lagi.

Ten Hag menegaskan dia tak ada masalah dengan rekod gol Ronaldo yang agak perlahan musim ini. Kerana dia memang sudah bersedia dengan impak daripada persiapan pra musim Ronaldo yang tidak optimum.

Ten Hag berkata: “Kami boleh menjangkakan ini jika anda terlepas pramusim jadi dia perlu bekerja keras dan selesai untuk mendapatkan kecergasan yang betul kemudian dia akan menjaringkan lebih banyak gol.”

“Anda boleh lihat dia semakin hampir (pada tahap terbaiknya). Saya fikir dia komited sepenuhnya untuk projek ini dan kepada pasukan ini. Dia perlukan rangkaian itu.”

“Kami gembira untuknya dan skuad mahu dia menjaringkan gol, jadi itu bagus,” kata Ten Hag.

Baca yang lain