[VIDEO] Penyokong Terkena Harapan Palsu Pada Hari Terakhir 2.Bundesliga

Jika anda rasa Arsenal dan Borussia Dortmund melalui pengakhiran musim kejam, fikirkan satu lagi pasukan ini iaitu Hamburg SV di Jerman.

Penyokong Hamburg beberapa hari lalu baru sahaja melalui peristiwa harapan palsu yang mereka tak akan dapat lupakan.

Di mana ketika wisel penamat, penyokong mereka meraikan kemenangan ke atas Sandhausen dengan skor 1-0, mereka memasuki padang dan meraikannya.

Mana tidaknya, mereka kini berpeluang naik semula ke liga utama selepas pertama kali tersingkir dari Bundesliga, dalam sejarah kelab pada 2017/18.

Para penyokong merasakan bahawa kemenangan itu sudah cukup untuk mereka naik semula ke Bundesliga secara automatik daripada divisyen kedua.

Mereka yakin dengan perkara itu kerana Hendenheim masih bergelut mencari gol di satu lagi perlawanan menentang Regensburg. Ianya dianggap misi mustahil untuk seteru mereka itu.

Heindeheim ketinggalan 1-0 di dalam aksi yang memasuki masa kecederaan.

Pada kedudukan ketika itu, Hamburg 2 mata di atas Heindeheim yang wajib menang untuk memintas Hamburg. Dengan Heindeheim beraksi pada masa kecederaan.

Penyokong Hamburg benar benar yakin Heindeheim tak akan mampu melaksanakan misi mustahil itu. Siap ada yang potong jaring gol lagi. Salah satu tradisi di Eropah di mana pemain biasanya potong net gol ni bawak balik sebagai kenangan untuk meraikan trofi.

Namun pada minit ke-93, pemain Heindeheim, menyamakan kedudukan.

Dan pada masa kecederaan minit ke-99 Tim Kleindienst menyempurnakan misi mustahil itu dengan gol kemenangan untuk membantu Heidenheim naik pangkat ke Bundesliga.

Mendapat perkhabaran itu, keraian itu perlahan lahan bertukar menjadi suram. Kerana mereka gagal untuk naik pangkat secara automatik.

Saksikan detik itu di sini:

Walaupun meraikannya terlalu cepat, namun Hamburg kini masih ada peluang untuk mara menerusi penentuan play off berdepan dengan pasukan tangga ke-16 daripada Bundesliga iaitu Stuttgart.

Baca yang lain