VIDEO: Penyokong United Rempuh Old Trafford Dan Masuk Ke Padang Laung Glazers Berambus!

Protes ke atas pemilikan Glazers terus menjadi subjek panas. Sebelum aksi di antara Manchester United dan Liverpool, penyokong penyokong Man United telah merempuh sekatan masuk ke stadium dan berarak di dalam padang untuk melakukan protes.

Sebelum ini kesatuan penyokong United meminta Glazers membuka pemilikan 50+1 seperti Bundesliga. Agar memberikan sedikit semak dan imbang kepada mereka.

Mereka tidak menerima maaf daripada keluarga Glazers.

Ini selepas kes ESL yang menjadi kemuncak kepada kemarahan penyokong.

Protes tersebut sudah menjadi panas di luar stadium, di mana para penyokong membakar flare kuning dan hijau tanda tradisi kelab.

Para penyokong juga melakukan protes di hadapan hotel yang didiami oleh para pemain.

Mesej dari Gary Neville terpampang di hadapan hotel tersebut:

Seterusnya protes juga berlaku di Bobby Charlton Stand, tempat ketibaan pegawai dan para pemain:

Berikut adalah beberapa aksi penyokong United yang melakukan protes besar besaran:

Ada kemungkinan aksi di antara Man United dengan Liverpool akan ditunda. Berdasarkan keadaan semasa di Old Trafford.

Semalam BBC melaporkan perlawanan ini berpotensi ditunda kerana protes yang dilancarkan peminat Man United sejak semalam lagi.

Bagi korang yang nak tahu tentang kebencian penyokong United ke atas Glazers, baca di sini:

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.