Video Pep Guardiola Mengamuk Haaland Ingkar ‘Arahan Pasukan’ Bagi Penalti Kat Gundogan Dan ‘Miss’

Pep Guardiola dikenali dengan ketegasannya dalam ‘team order’ ataupun arahan pasukan.

Di mana penyepak penalti antara perkara yang harus mengikut arahan yang sudah ditetapkan.

Dalam pasukan Manchester City, Guardiola menyatakan bahawa penyepak penalti yang utama ialah Erling Haaland dan kedua adalah Riyad Mahrez.

Namun pemain Norway itu memberikan penalti kepada pemain lain iaitu Ilkay Gundogan.

Ianya kerana Haaland mahu melihat Gundogan menjaringkan hatrik dalam perlawanan semalam menentang Leeds.

Ketika penalti itu, Gundogan sudah mencetak 2 gol pertama Man City untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Selepas Gundogan gagal menyempurnakan penaltinya, Guardiola menjerit dari tepi padang kepada Haaland. Di mana dia berkata: “Kau yang harus ambil penalti itu, kau yang harus ambil.”

Selepas kegagalan penalti tersebut Leeds menghidupkan semula perlawanan dengan jaringan Rodrigo pada minit ke-85.

Ternyata Guardiola ada sebab tersendiri untuk tidak mengambil mudah perkara seperti arahan pasukan untuk penalti.

Daripada situasi boleh membunuh perlawanan 3-0, kini Man City hanya 2-1. Mujur mereka masih berupaya untuk menang dan meneruskan cengkaman di puncak liga.

Selepas tamat perlawanan, Guardiola mengagumi kemurahan hati Haaland. Namun pada masa yang sama, atas nama pasukan, Haaland harus profesional.

“Haaland mahu memberikan penalti kepada rakannya, untuk membolehkan dia menjaringkan hatrik, itu saya faham. Dan ia menunjukkan dia seorang yang baik hati dan pemurah.”

“Namun pada kedudukan 2-0, dan perlawanan belum berakhir. Haaland adalah penyepak penalti terbaik kami pada masa ini.”

“Dalam kedudukan 2-0 Ianya sama ada Haaland ataupun Mahrez. Saya sendiri tak tahu kalau Haland mungkin gagal dalam penaltinya, Mahrez pun mungkin gagal. Tetapi dalam kedudukan 2-0 kamu tidak boleh berbuat begitu [ingkar arahan pasukan]. Kalau dan mendahului 4-0 dengan baki 10 minit lagi, tak mengapa nak buat macam tu.”

“Tetapi kedudukan 2-0? Penyepak penalti adalah penyepak penalti. Ini adalah bisnes.”

Guardiola sangat pantang pemain mengambil keputusan atas dasar emosi dan peribadi. Oleh sebab itu Thierry Henry pernah bercerita bagaimana dia dikeluarkan pada separuh masa kedua hanya kerana dia menukar posisinya sesuka hati.

Henry pada masa itu berjaya menjaringkan gol. Tetapi Guardiola menghargai gol Henry, dan bukan tindakannya. Lalu Henry disisihkan terus pada separuh masa kedua.