Video Pep Ljinders (Asst Klopp) Cushioning Bola Ala Ronaldinho

Pep Ljinders mungkin kurang dikenali berbanding dengan pembantu pengurus yang lain. Namun beliau merupakan orang penting dalam pembentukan Liverpool bersama Klopp.

Belia pernah meninggalkan Liverpool sekejap kerana dapat jawatan pengurus kelab di Belanda. Namun dipecat kerana keputusan yang tidak memberangsangkan.

Dan kemudian Klopp mengambil beliau semula untuk menggantikan Buvac yang berundur dari Liverpool atas sebab peribadi.

Liverpool FC berkongsi video menarik uncle Pep melakukan cushioning bola ala Ronaldinho.

Alisson melakukan latihan pemanas badan sebelum perlawanan. Dan penjaga gol Brazil itu menumbuk bola yang menuju ke arah Pep Ljinders.

Di mana beliau mengawal bola dengan tumit di belakangnya dan kemudian menolak bola ke belakang. Buat freestyle gitu.

Nah saksikan di sini:

Ljinders dan Klopp musim ini sangat sibuk dengan jadual yang sangat padat. Mereka juga sedang mempersiapkan pasukan untuk memastikan Liverpool berjaya menamatkan kemarau kejuaraan liga.

Pep Ljinders adalah seorang yang sangat humble. Dan beliau menjadi orang penting dalam memberikan nasihat kepada Klopp dalam isu seperti perubahan taktikal dan sebagainya.

Baca yang lain