[VIDEO] Peraturan Unik Yang Menyebabkan Gol Rebound Havertz Ini Dibatalkan

Ketika semua konfederasi UEFA yang lain memulakan kempen kelayakan mereka untuk Euro 2024 semasa rehat antarabangsa ini, Jerman lebih tenang kerana mereka sudah layak secara automatik sebagai negara tuan rumah.

Dan mereka akan bermain beberapa siri aksi persahabatan semasa perlawanan kelayakan berlangsung.

Pada petang Sabtu, mereka menentang Peru di Arena Mewa di Mainz.

Ia adalah malam milik penyerang Werder Bremen, Niclas Fullkrug, yang menjaringkan dua gol separuh masa pertama semasa kemenangan 2-0.

Pemain itu mungkin akan balik dengan bola perlawanan jika dia dibenarkan mengambil penalti pada separuh masa kedua.

Pada minit ke-68, Jerman diberi peluang untuk menjadikan kedudukan 3-0 menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun, daripada memberikannya kepada Fullkrug, Havertz memutuskan untuk mengambil sepakan itu.

Pemain Chelsea itu sebenarnya tidak memiliki rekod penalti terbaik, selepas menambah rekod kegagalan penalti terbaru dalam Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund.

Havertz kelihatan sangat gemuruh dan teragak agak. Akhirnya sepakannya terkena tiang.

Bola melantun kembali ke depan Havertz dan pemain itu merembat masuk.

Tetapi mengapa gol Havertz tidak dibenarkan?

Dan kesemua pemain Jerman sendiri kelihatan tahu bahawa gol itu akan dibatalkan.

Para peminat pun mencari penjelasan. Kerana menurut mereka, rata rata mereka pertama kali melihat keadaan ini berlaku.

Mengikut peraturan IFAB, “Penyepak tidak boleh memainkan bola lagi sehingga ia telah menyentuh pemain lain.”

Ini bermakna, apabila terkena tiang, pemain yang sama tidak boleh menyentuhnya sehingga ia disentuh oleh pemain lain.

Kecuali pemain Jerman yang lain yang merembatnya barulah dibenarkan.

Saksikan:

Selepas mengetahui penjelasannya, seorang peminat menganggap ianya peraturan yang unik dan tidak diberikan perhatian kerana jarang berlaku.

Itulah keindahan bola sepak.

Dia berkata: “40 tahun saya menjadi peminat bola sepak, inilah pertama kali saya menyaksikan perkara seumpama ini. Terima kasih kerana penjelasan.”

Baca yang lain