[VIDEO] Perbalahan Panas Messi Dan Rodrygo Didedahkan

Audio perbualan perbalahan antara Messi dan Rodrygo telah dikeluarkan oleh Sky Sports. Dan ternyata Messi menasihati agar Rodrygo agar menjaga adabnya kerana dia masih muda lagi.

Sebelum perlawanan Messi sudah meluahkan kekesalannya dengan sikap pemain pemain muda hari ini. Di mana ramai yang tidak menghormati pemain lebih tua daripada mereka.

Ianya merujuk kepada insiden ketika menentang Uruguay, di mana pemain muda Uruguay mencarut dan menggunakan kata kata kesat ke atas pemain Argentina termasuk Messi.

Dan kemudian dalam aksi menentang Brazil, keadaan menjadi panas di dalam dan luar padang. Di luar padang, penyokong Argentina dan polis Brazil bergaduh.

Sementara di atas padang pemain pemain Brazil dan Argentina terlibat dalam insiden panas. Antaranya, ketika Rodrygo menggelar pemain pemain Argentina dan Messi sebagai pengecut.

Ini kerana sebelum itu pemain pemai  Argentina masuk ke bilik persalinan kerana tidak mahu meneruskan permainan. Mereka melihat penyokong mereka dikasari polis.

Kemudian Mereka memutuskan untuk meneruskan permainan kerana mengambil kira faktor, penyokong mereka kekal di dalam stadium masih berani berada di sana mahu menyaksikan Argentina beraksi. Perlawanan telah ditangguhkan lebih 20 minit.

Berbalik kepada insiden di atas padang, Rodrygo awalnya memaki hamun Rodrygo De Paul dan menuduh Argentina pengecut. Messi kemudian datang dan menasihati Rodrygo:

“Hei dengar sini, kau tu masih budak lagi, jaga sikit mulut tu. Siapa yang kau cakap pengecut ni?”

Rodrygo kemudian memberikan amaran kepada Messi: “Tengok la pada perlawanan ni nanti kami akan datang, kami sedang datang [menuju kemenangan] jom la.”

Rodrygo kemudian melabel Messi pula pengecut: “Kau pengecut, kau pengecut.”

Pengadil pergi ke arah Rodrygo. Dan pemain pemain itu mempertahankan tindakannya: “Kenapa kamu datang nak ‘kick’ saya, bukannya Leo? Tak boleh macam ni.”

Rodrygo kemudian memaki Messi balik: “Kau ni koyak kan, sebab tu kau dari tadi nak bercakap. Jangan Leo jangan.”

Messi menegur pemain itu lagi: “Jaga mulut kau anak muda. Diam, dan jaga mulut kau tu. Sedarlah sikit budak kecik.”

“Kami ni juara dunia tau tak, jadi macamana kami boleh digelar pengecut?”

“Ni aku tanya kau ni, cepat la jawab, cepat jawab la.”

Kemudian beberapa pemain Brazil lain cuba meleraikan mereka. Dan Messi menambah: “Aku pernah jadi juara kat sini [Maracana].” merujuk kepada kejayaan Argentina menjadi juara di stadium keramat Brazil itu dalam pentas Copa America yang lalu.

Argentina menang 1-0 dalam perlawanan itu. Ternyata Rodrygo gagal untuk membantu pasukannya bangkit.

Selepas tamat, Rodrigo De Paul menyindir: “Sejarah tidak dicipta oleh mereka yang pengecut.”

Ini selepas Argentina menjadi pasukan pertama menewaskan Brazil di Maracana dalam kelayakan Piala Dunia.