Robin Gosens sebelum ini pernah menyatakan dia sangat kecewa apabila Ronaldo tidak mahu memberikannya jersi.
Bek sisi Atalanta, Robin Gosens mempunyai kisah tentang bagaimana dia merasa malu kerana penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo.
Gosens menceritakan pengalamannya dalam biografinya yang bertajuk ‘Dreams are Worthtime’. Di mana beliau pada suatu hari hendak meminta jersi Ronaldo selepas tamat aksi antara Atalanta dan Juventus.
Namun tidak dijelaskan perlawanan yang mana satu Gosens meminta jersi Ronaldo. Namun, pemain asal Jerman itu mengakui bahawa impiannya mahu mengumpul jersi pemain paling dia kagumi itu tidak kesampaian.
Gosens malah mengakui sangat malu dengan Ronaldo, kerana idola itu tidak mahu memberikannya jersi.
“Setelah perlawanan menentang Juventus, saya berusaha merealisasikan impian saya untuk menyarung jersi Ronaldo.”
Cristiano Ronaldo left Robin Gosens hanging when he asked for his shirt 😬 pic.twitter.com/IijA1mfJui
— ESPN FC (@ESPNFC) April 5, 2021
“Selepas wisel penamat, saya menghampirinya. Sampaikan saya sanggup tidak pergi ke arah penyokong untuk meraikan kemenangan… tetapi Ronaldo tidak melayan langsung. Saya bertanya: ‘Cristiano, bolehkah saya memakai baju anda?’ Dia bahkan tidak memandang ke arah saya, dia hanya berkata: ‘Tidak!'”
“Saya benar-benar malu. Saya beredar dan merasakan diri sangat kerdil. Anda tahu bila sesuatu yang memalukan berlaku, dan anda melihat sekeliling untuk melihat apakah ada yang menyedarinya? Begitulah perasaan saya ketika itu, dan saya cuba menyembunyikannya.
Namun terbaru, impian Gosens memiliki jersi Ronaldo akhirnya tercapai. Ini apabila rakannya telah membeli jersi Ronaldo di kedai sukan dan menghadiahkan kepada Gosens.
Gosens pada awalnya tidak tahu apa hadiah itu. Sebaik sahaja dia melihat jersi no.7 Juventus dengan nama Ronaldo, dia tergelak besar. Tahu dirinya sedang ditroll.
Robin Gosens was hurt when he didn't get Cristiano Ronaldo's shirt after a game … so his teammates sorted him one instead 😂 pic.twitter.com/LkMdW1mt1A
— ESPN FC (@ESPNFC) April 13, 2021
Oklah kan, tak dapat jersi matcworn pada wisel penamat, dapat versi dari kedai sukan pun ok gak.
Mungkin Gosens agak cemburu dengan seorang budak milo yang baru baru ini mendapat jersi Ronaldo dengan semudah ABC.
Baca juga: CR7 Bukan Baling Jersi Sebab ‘Koyak’, Tetapi Sebenarnya Sebab Nak Beri Kat Budak Milo
Superstar Juventus Cristiano Ronaldo telah dituduh mengamuk kerana koyak, dengan melemparkan jersi miliknya ke tepi padang.
Insiden itu berlaku ketika kemenangan Juventus 3-1 ke atas Genoa. Para peminat bola sepak mempersoalkan, apa sebenarnya yang dimarahkan oleh Ronaldo selepas insiden dia membaling lilitan kapten ketika beraksi untuk Portugal tempoh hari.
Ada juga menganggap tindakan Ronaldo itu biadap dan tidak menghormati jersi keramat pasukannya.
Ada yang beranggapan Ronaldo sebenarnya kecewa kerana tidak dapat menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut – selepas memiliki banyak peluang gol. 3 gol Juventus adalah menerusi Dejan Kulusevski (minit ke-4), Alvaro Morata (22 ‘) dan Weston McKennie (70’).
Namun sebenarnya Ronaldo mahu memberikan bajunya kepada budak milo ataupun ball boy yang merupakan seorang pengumpul jersi. Cuma insiden yang dikongsikan di media sosial itu memperlihatkan sudut video yang memberikan persepsi berbeza.
Romeo Agresti mengesahkan bahawa budak milo tersebut telah meminta jersi daripada superstar tersebut.
‼🗣 Romeo Agresti :
Cristiano Ronaldo didn’t throw any shirt on the ground at the end of the match. A ball boy asked him for his shirt, he took it off and threw it to him. pic.twitter.com/l6YVhVsIae— Abid (@__mr_abid_) April 12, 2021
Seorang peminat berkaa: “Kelakarnya, bagaimana mereka menukar sudut pandangan kamera agar ia betul menampakkan dia membaling jersi kerana marah.”
Funny thing is how they shifted the camera to the right to make it look like he was throwing the jersey out of anger.
They could've easily shown the ball boy.. 🤣
— TeamCRonaldo. (@TeamCRonaldo) April 12, 2021
Sebelum ini, lilitan kapten yang dibaling oleh Cristiano Ronaldo telah dilelong di sebuah acara di Serbia, untuk membantu seorang bayi berusia 6 bulan yang sakit.
Serbia is auctioning Ronaldo's captain's armband that he threw on the ground in anger in 93rd minute. The money will be used to save a 6 month old baby Gavrilo Djurdjevic who suffers from rare spinal muscular atrophy. Link: https://t.co/hFwrrAwced pic.twitter.com/1Z3Bdd0gEv
— Sergej Dojcinovic (@sergdojc) March 30, 2021
Berikut kenyataan daripada pihak yang melelong:
“Dana yang diraih akan digunakan bagi tujuan rawatan bayi berusia 6 bulan, Gavrilo Djurdjevic dari Kragujevac, Serbia, yang didiagnosis dengan spinal muscular dan memerlukan €2,500,000 untuk rawatan yang boleh menyelamatkan nyawanya.
Cristiano Ronaldo Armband Thrown In Temper Tantrum Hits Auction, Funds For Sick Baby https://t.co/xSLDQ2gRAF
— TMZ (@TMZ) March 30, 2021
Dengan memorabilia sukan ini masih panas, ditambah pula ianya melibatkan insiden berprofil tinggi, jangan lepaskan peluang mendapatkan lilitan kapten yang mungkin bernilai 7 angka.
To save Gavrilo from a rare spinal muscular atrophy he needs 2.5mil euros for the specialized medical treatment abroad. It is common in Serbia that the whole population participates in saving the lives of children who must be sent abroad for specialized treatments. pic.twitter.com/NK4o9Ie0VY
— Sergej Dojcinovic (@sergdojc) March 30, 2021
Ronaldo sebelum ini mengamuk meninggalkan padang dan secara kontroversi membaling lilitan kaptennya tanda protes kepada keputusan pengadil yang tidak mengesahkan gol kemenangan pada masa kecederaan ke atas Serbia.
Sedangkan ulang tayang jelas menunjukkan bahawa bola telah pun masuk dan melepasi garisan gol.
Portugal diikat 2-2 oleh Serbia. Dan Ronaldo menunjukkan magisnya dengan menewaskan penjaga gol lawan dengan teknik yang tenang. Namun Stefan Mitrovic mengeluarkan bola, tanpa teknologi garisan gol pun, jelas bola itu masuk.
Kecewa dengan golnya tidak dikira, lebih lebih lagi gol kemenangan, Ronaldo mengamuk selepas tamat perlawanan dengan membaling lilitan kapten sambil meninggalkan padang.
PORTUGAL HAVE BEEN ROBBED.
CRISTIANO HAS BEEN ROBBED OFF A WINNER…https://t.co/MiJb2UP37A
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) March 27, 2021
Ada yang mengkritik tindakan Ronaldo namun ramai juga yang memahami kenapa Ronaldo bertindak sedemikian. Pengurus Portugal, Fernando Santos menyatakan bahawa dia faham reaksi itu dan tiada masalah dengannya.