[Video] Perompak Tak Kompeten Kena Nganjing Dengan Cashier Cuma Dapat $60 Je

Seorang perompak yang teruk telah dikritik secara terbuka teknik rompakannya oleh cashier di kedai pizza Little Caesars.

Dalam satu rakaman  video, babak tersebut memaparkan perompak itu agak gugup dan terkial kial nak merembat wang tunai di mesin wang.

Mungkin ini aksi debut dia di dalam dunia rompakan.

Dia menggunakan banyak teknik termasuk memasukkan kesemua jarinya ke dalam mesin wang itu.

Rompakan untuk satu mesin cashier itu sahaja mengambil masa yang agak lama dia lakukan.

Teknik romapakan dia membuatkan cashier di situ mengkritiknya secara terbuka.

Dia turut menggunakan batang besi yang kecil untuk menyungkit.

Malah seorang juruwang dengan selamber menelefon polis menyatakan mereka sedang dirompak tanpa ada ugutan langsung daripada perompak untuk dia menghentikan laporan itu.

Bukan itu sahaja, malah siap ada pelanggan yang masih berurusan dengan cashier untuk membeli makanan, sedangkan di sebelah mereka ada perompak yang sedang memecahkan mesin wang.

Selepas dia selesai, cashier di situ siap menganjingnya menyatakan: “Tu je ke bro kau dapat [hasil merompak]? $60 je?”

Itupun perompak itu tidak berkecil hati atau sentap nak membelasah cashier tersebut yang terang terang memperlekehkan teknik dan hasil rompakannya yang tak seberapa.

Menyedari bahawa mungkin cap jarinya akan menjadi bahan bukti,  lalu perompak itu masuk balik dan mahu menghapuskan cap jarinya di mesin cashier. Macamana dia buat?

Dengan menarik bajunya dan mengelap mesin itu.

Cashier itu sekali lagi mengajingnya: “Tak nak tinggalkan cap jari ke bro?”

Malang bagi perompak itu kerana wajahnya sangat jelas sebab dia tak memakai topeng pun.

Agak lucu, di mana urusan kedai berjalan seperti biasa. Di mana ada pelanggan lain datang untuk membuat pesanan sementara lelaki itu sibuk memusnahkan bukti, nampaknya tidak menyedari bahawa dia baru saja menjalani salah satu adegan rompakan paling buruk dalam sejarah jenayah.

Cashier kemudian memaklumkan kepada pelanggan itu, kedai tutup sementara sebab baru saja kena rompak.

“Kedai kita tutup bro!”

Video tersebut – yang nampaknya telah diambil di lokasi yang tidak diketahui di AS – telah dikongsi ke subreddit PublicFreakout, menyebabkan rasa geli hati di kalangan Redditors.

Warganet menyatakan bahawa cashier itu sangat tenang mungkin sudah 10 kali agaknya dirompak. Dan kali ini dia melihat itulah rompakan paling teruk.

Ada juga yang menyatakan bahawa cashier itu pasti tersesksa nak menahan gelak ketika melihat seorang perompak yang sangat teruk.

Langsung tiada perancangan dan peralatan yang sebaiknya untuk dia merembat wang dari kedai.

Ada juga yang menyatakan mereka ‘respect’ dengan perompak yang tidak mengugut cashier untuk membukan mesin wang dan mengacukan senjata.

Baca yang lain