Tahun 2020 terus meneruskan kegilaannya termasuk di dunia sukan. Terbaru, satu pertarungan MMA di antara petarung lelaki seberat 240kg bertemu dengan petarung wanita yang hampir 4 kali ganda lebih ringan – seberat 63kg.
Rakaman pertarungan kedua dua petarung itu tular di media sosial. Dianggap salah satu pertarungan paling pelik dalam sejarah MMA.
Petarung lelaki bernama Grigory Chistyakov, melangkah ke oktagon untuk bertarung dengan petarung wanita, Darina Madzyuk.
Chistyakov pada awalnya dijangka akan menang mudah ke atas lawannya yang dilihat hanya akan bergantug kepada kepantasan.
Chistyakov diramal tiada masalah untuk menghadapi tumbukan dan sepakan daripada lawannya yang merupakan seorang wanita.
Namun sebaliknya yang berlaku. Ini apabila Darina Madzyuk mengalahkan petarung berbadan besar itu.
Segalanya ibarat satu kisah dongeng. Tetapi ianya benar benar berlaku.
Chistyakov melakukan kesilapan di mana dia tersembam dan terjatuh. Lalu Darina mengambil kesempatan untuk melepaskan sebanyak mungkin pukulan ke mukanya.
Dengan badannya yang berat, Chistyakov tak dapat bangun dan akhirnya mengaku kalah di dalam pertarungan yang dihentikan oleh pengadil.
Darina memenangi pertarungan bersejarah itu dengan technical ko kerana lawannya menyerah diri / mengaku kalah.
Lihat rangkuman aksi mereka di sini:
Wasn't sure about posting this, but decided I'd be failing you all if I didn't
Darina Madzyuk (139lb) vs. Grigory Chistyakov (529lb)
From a recent event called "OUR BUSINESS" (Наше Дело) in Russia. I don't know what to say. God have mercy on us all. https://t.co/rphOHnmbto pic.twitter.com/kwdNMT61JH
— caposa (@Grabaka_Hitman) November 28, 2020
Sebelum ini sekumpulan YouTuber mencabar untuk berdepan dengan bekas juara UFC Miesha Tate.
4 orang mamat YouTuber telah memutuskan untuk menguji skil rookie mereka berhadapan dengan bekas bintang UFC Miesha Tate di Octagon.
Mereka mahu mencabar bekas juara UFC kategori bantamweight iaitu Miesha Tate.
Miesha Tate merupakan salah seorang petarung UFC wanita yang berbakat dan antara yang terbaik di dalam eranya.
Malah kini beliau menjadi jurulatih kepada banyak bintang UFC yang baharu. Kekuatan utama Miesha Tate adalah grappling dan grounding dia memang padu.
YouTuber – Janoskians – memuat naik aksi mereka pada 2015. Untuk melihat mampukah Miesha Tate membuatkan 4 mereka tap out.
Miesha vs 4 rookie
Bekas juara bantamweight itu dengan mudah menewaskan keempat empat jantan tersebut.
Mulanya mereka melakukan warming up dengan penuh keyakinan. Ada juga yang mencabar, Conor McGregor sebagai lawan mereka seterusnya.
Peraturan dia adalah, Miesha Tate perlu membuatkan mereka tap out dalam masa 2 minit.
Miesha Tate melakukan beberapa submission termasuk standing chokehold yang membuatkan salah seorang YouTuber itu terapung dan tergantung lalu melakukan tap out.
Salah seorang YouTuber pula merintih nasibnya: “Mampus aku ni,” ketika aksi dua minit berhadapan dengan Miesha Tate.
Salah seorang lagi YouTuber cuba meniru aksi Floyd Mayweather di mana dia cuba melarikan diri daripada Miesha Tate di sekitar octagon. Dengan harapan dia akan dapat bertahan selama dua minit.
Namun tetap berjaya ditangkap dan dikunci oleh Miesha Tate.
Ramai yang memuji Miesha Tate yang dikatakan memang memiliki teknik hebat. Beliau langsung tak kelihatan letih berhadapan dengan 4 orang petarung rookie itu.
Salah seorang daripada mereka menyebut: “Dia [Miesha Tate] sangat kuat.”
Sedangkan 4 orang rookie tersebut yang seperti putus nafas tercungap-cungap dikerjakan Miesha Tate.
Korang boleh saksikan di sini aksi bebudak ni:
Dalam kariernya, Miesha Tate pernah berhadapan dnegan prim Ronda Rousey, Holly Holm dan Amanda Nunes.
Pertarungan terakhir beliau adalah berhadapan dengan against Raquel Pennington pada 2015 dalam UFC 205. Dan beliau tewas secara kiraan.
Bos UFC, Dana White pernah menyatakan UFC terhutang budi kepada atlet seperti Miesha Tate yang membantu menaikkan nama UFC
Miesha Tate kini memfokuskan kepada kariernya sebagai jurulatih Mixed Martial Arts / MMA sejak beliau bersara.
Ketika pertarungan terakhirnya berhadapan dengan Pennington, Miesha Tate diberikan standing ovation selepas beliau mengumumkan itu adalah aksi terakhirnya di octagon.
Ramai pemerhati sukan UFC menganggap Miesha Tate telah meninggalkan legasi yang sangat kuat di lapangan UFC. Beliau menjadi sebahagian penting dalam sejarah UFC untuk wanita.
Miesa Tate akan selamanya dikenang sebagai salah seorang petarung UFC wanita terbaik dan juga paling kompetitif. Cuma pada era beliau terlalu ramai yang berada pada peak terbaik termasuk Ronda Rousey.