Perang mulut berlaku di antara Danilo Petrucci dengan Aleix Espargaro – menghiasi sesi kelayakan MotoGP Austria pada hari ini.
Selepas insiden yang melibatkan kedua dua pelumba, mereka bertikam lidah di atas trek. Petrucci yang marah telah menunjukkan isyarat jari tengah kepada Espargaro.
Sebelum itu Petrucci sudah memberikan isyarat marah kepada Espargaro di trek. Petrucci bengang kerana menurutnya Espargaro menghalang laluannya.
Espargaro kemudian kelihatan membalas balik dengan meminta maaf jika dia benar benar menghalang laluan Petrucci.
Lihat di sini mereka berdua sudah panas dari awal.
What's going on there? 🤔
Danilo Petrucci is not happy with Aleix Espargaro for some reason.#MotoGP #MotoMad #AustrianGP pic.twitter.com/2MRKJytXLF
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) August 15, 2020
Petrucci menjelaskan: “Saya dah elok je masuk ke turn 9, tetapi Aleix masuk ke laluan saya dan blocking saya.”
“Kemudian dia berada di hadapan saya di selekoh akhir dan saya sudah bersedia nak memulas throttle, tetapi dia terlalu dekat dengan saya.”
“Mungkin saya boleh berada di Q2 tetapi tak.”
“Memanglah jari tengah saya kepadanya agak keterlaluan, tetapi kita semua sentiasa cuba terbaik. Saya pun nak tergelak kerana dia jenis suka bercakap di Twitter, tetapi saya seorang yang suka cakap depan depan dan biarkan prestasi saya di litar bersuara.”
“Dia pula dari dulu sama saja.”
Espargaro kemudian terus menulis di media sosial menyatakan kemarahannya ditunjuk jari tengah dan melabel Petrucci sebagai bodoh.
Espargaro berharap Petrucci ‘yang bodoh’ itu dikenakan tindakan di atas kelakuannya.”
“Dia memang bodoh atas apa dia dah buat, dan dia dah tunjukkan semuanya.”
“Jika kamu menganalisis masa, tunggangan terbaik dia di sektor 4 untuk sepanjang minggu telah dicatatkan di lap itu.”
“Kemudian di laluan lurus dia berada dekat menghimpit saya dan menghancurkan pusingan saya seterusnya. Dia mulai melakukan benda bodoh. Cuba menyatakan apa yang dia lakukan di P12 dengan motosikal yang pernah memberikannya kemenangan sejak 4 tahun dahulu.”
In the Sector4 Petrux did his record on the lap that he said that I disturb him… It's funny isnt it? 🤔🤭 Im sorry if u are out of Q1 w the bike that has won the last 4 years! 😜 pic.twitter.com/YsjZffx0WA
— Aleix Espargaró (@AleixEspargaro) August 15, 2020
“Saya minta maaf kepada dia, saya faham, dia tak boleh jadi seperti Valentino, tetapi dia boleh menghasilkan drama.”
“Itu tak perlu pun dia lakukan, kerana perlumbaan ini berlaku setiap minggu. Saya rasa mereka [penganjur] harus menghukum dia, dan saya akan jumpa mereka lepas ni, kerana dia menghimpit di kawasan tengah kawasan lurus.”
Ini bukan pertama kali Espargaro dan Petrucci bergaduh. Mereka pernah bertikam lidah sebelum ini, kira kira dua tahun lalu.
Ketika ada yang troll Espargaro sebagai suka mempertahankan diri di Twitter, dia membalas:
“Lebih baik mempertahankan diri macam ni daripada macam dia bukan?”
Better defend like this than like him no? 😂😅 https://t.co/UsWzVSVfJt pic.twitter.com/duUCeN1Xdg
— Aleix Espargaró (@AleixEspargaro) August 15, 2020
Namun ada juga yang mempertahankan tindakan Petrucci. Kerana menurut mereka ianya selayaknya Espargaro dapat selepas apa yang dia lakukan.
¡Este fue el incidente entre Petrucci y Espargaró!#MOTOGPxTLTpic.twitter.com/sQc4jQEkwP
— TLT ¡La Tele Tuya! (Desde 🏠) (@LaTeleTuya) August 15, 2020