[VIDEO] PGMOL Siasat Insiden Linesman Menyiku Andy Robertson

Dalam satu kes yang rare, penjaga garisan dalam aksi Liverpool dan Arsenal di Anfield telah didakwa menyiku pemain bek kiri Liverpool, Andy Robertson.

Ianya benar benar membuatkan netizen terkejut. Malah ada yang geli hati dengan insiden itu.

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika pemain antarabangsa Scotland bersemuka dengan pegawai perlawanan menjelang rehat separuh masa pertama.

Penjaga garisan Constantine Hatzidakis yang kegeraman telah menyiku Robertson.

Kini Constantine Hatzidakis  bakal berdepan dengan hukuman berat jika didapati bersalah. Memandangkan amat jarang pegawai perlawanan mengasari pemain, jadi sukar untuk mengambil contoh daripada hukuman lalu.

Namun untuk insiden mengasari pengadil, ianya antara kesalahan berat. Ada yang dihukum sehingga berbulan bulan lamanya.

Terbaru, Alexandar Mitrovic telah dikenakan penggantungan 8 perlawanan oleh FA England kerana menolak pengadil.

Liverpool dilaporkan masih tidak membuat sebarang aduan rasmi setakat ini. Namun PGMOL bertindak selepas klip melibatkan insiden itu tular.

Namun ada juga yang menyatakan bahawa mungkin penjaga garisan tidak tersengaja menyiku Robertson. Penjaga garisan itu mungkin mahu menyuruh Robertson berundur dan tersiku pemain itu.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pula menyatakan dia tidak melihat insiden itu dan enggan mengulas lebih lanjut.

Apa yang pasti insiden itu kini akan disiasat oleh PGMOL. Ramai juga peminat meminta PGMOL kali ini mengenakan hukuman tegas kepada pegawai mereka.

Memandangkan insiden melibatkan pemain biasanya akan dihukum berat walaupun melibatkan kontak yang minimum.

Dalam aksi antara Liverpool dan Arsenal di Anfield semalam, aksi berkesudahan 2-2. The Gunners mendahului 2 gol pada awal separuh masa pertama menerusi Gabriel Martinelli dan Gabriel Jesus.

Liverpool membalas 2 gol itu menerusi Mohamed Salah dan juga Roberto Firmino.

Arsenal kini 6 mata di atas Manchester City.  Namun The Gunners sudah bermain lebih 1 perlawanan berbanding City.

Arsenal juga masih perlu menentang Manchester City selepas ini.

Arsenal dalam proses untuk menamatkan penantian kemarau kejuaraan EPL sejak 2003. Sementara Man City mahu mempertahankan kejuaraan milik mereka.

Ianya persaingan yang semakin menarik di antara kedua dua pasukan.