[VIDEO] Pique Menangis Tinggalkan Padang Buat Kali Terakhir, Guardiola Anggap Dia Antara Terbaik Sepanjang Zaman

Gerard Pique sebak sebaik sahaja digantikan dalam perlawanan terakhirnya sebagai pemain Barcelona menentang Almeria.

Pique mengesahkan ia juga merupakan persaraan sepenuhnya beliau. Kerana dia sudah berikrar bahawa Barcelona akan menjadi pasukan terakhirnya.

Pada hari Khamis, Pique yang berusia 35 tahun mengumumkan bahawa dia akan menamatkan kerjayanya yang terkenal itu. Pique antara pemain penting dalam era emas Barcelona.

Dia mengesahkan pertembungan pada hari Sabtu dengan Almeria akan menjadi perlawanan bola sepak profesional yang terakhir.

Dan ia juga merupakan perlawanan terakhir dia di Spotify Camp Nou sebagai kapten.

Pique memulakan permainan bersama Marcos Alonso di pertahanan tengah. Selepas beraksi selama 83 minit, dia digantikan oleh Andreas Christensen.

Pique memeluk pengadil sebelum diserbu oleh pemain pemain dalam pasukan Barcelonanya. Bek tengah itu menyerahkan lilitan kapten kepada Frenkie de Jong dan menerima pelukan daripada rakan sepasukan lama Jordi Alba.

Duo bintang remaja Gavi dan Pedri juga pantas berlari untuk memeluk Pique. Semasa dia meninggalkan padang, dia melambai ke setiap tempat berdiri sambil mendengar penyokong melaungkan sokongan yang kuat.

Secara keseluruhannya, Pique membuat 615 penampilan untuk gergasi Catalan itu, memenangi lapan gelaran La Liga serta tiga Liga Juara-Juara Eropah.

Di pentas antarabangsa, dia memenangi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 bersama Sepanyol. Dia memperoleh 102 caps untuk negaranya.

Peminat telah bertindak balas terhadap persaraan Pique dan mereka percaya dia boleh dikira pertahanan terbaik dalam generasinya.

Ada yang menganggap Pique sebagai simbol kepada bek tengah era moden. Pemain yang bijak bermain dalam sistem tekanan garisan tinggi serta keupayaan menjaringkan gol apabila diperlukan.

Laman rasmi FIFA turut memberikan penghormatan khas buat Gerard Pique.

Pep Guardiola melabel Pique sebagai salah seorang bek tengah terbaik di dalam generasinya dan berbesar hati pernah bekerjasama dengan Pique selama 4 tahun di Barca.

Barcelona memberikan penghargaan buat Pique. Pemain itu turut diberikan kesempatan untuk berucap di hadapan pemian di Nou Camp.

Barcelona memenangi perlawanan itu 2-0 hasil gol babak kedua Ousmane Dembele dan de Jong.

Blaugrana kini berada di puncak La Liga, walaupun ia boleh menjadi ringkas. Saingan sengit Real Madrid mempunyai peluang untuk kembali ke puncak jika mereka mengalahkan Rayo Vallecano pada hari Isnin.

Baca yang lain