Bekas pemain Bayern Munich, FC Koln dan Arsenal, Lukas Podolski mengejutkan ramai pihak.
Ini selepas dia dilayangkan kad merah dalam perlawanan amal bagi mengumpul dana untuk kebajikan anjuran dia sendiri.
Perlawanan amal itu diberikan nama Piala Schauinsland Reisen. Podolski dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan dermawan.
Perlawanan amal tersebut dilaporkan berjaya meraih sumbangan sebanyak €2 juta. Dianggap satu jumlah sangat besar.
Dalam pertandingan kali ini, ada enam pasukan bertanding di Schwalbe Arena.
Pasukan diwakili Podolski, Gornik Zabzre mara ke separuh akhir menentang Rot-Weiss Essen. Dan di sinilah berlakunya insiden sehingga Podolski dilayangkan kad merah.
Semuanya gara gara Podolski bengang dengan pengadil dan telah memaki hamun pengadil depan mukanya.
Ianya bermula apabila Podolski dianggap melakukan kekasaran ke atas lawannya.
Podolski menafikan dia bermain kasar, sebaliknya dia mendakwa dia terjatuh dan terpaut pada lawannya secara tidak sengaja.
Namun pengadil enggan menerima alasan itu. Dan memberikan penalti kepada lawan.
Sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu besar. Tetapi entah macamana, Podolski telah berdiri betul betul di hadapan batang hidung pengadil dan mulai mengeluarkan kata kata yang keterlaluan memaki hamun pengadil.
Dia akhirnya terus dilayangkan kad merah. Ramai terkejut dengan kad merah itu.
Malah selepas tamat perlawanan Podolski dilihat masih tidak berpuas hati dan membantah keputusan pengadil. Dia turut menunjukkan reaksi bengangnya dengan membaling air di tepi padang.
Ramai peminat Podolski terkejut dengan kelakuannya. Peminat tidak pernah membayangkan Podolski akan mendapat kad merah dalam perlawanan amal anjurannya sendiri.
Ada yang mulai menganggap Podolski berdepan masalah perubahan sikap kerana penuaan pada usianya 37 tahun.
Ada juga yang menulis:
“Menganjurkan perlawanan amal untuk kebaikan, kemudian mendapat kad merah dalam perlawanan tersebut kerana memaki hamun pengadil, LEGEND!”
Seorang lagi menyatakan bahawa intergriti pengadil harus dipuji walaupun dia berdepan dengan orang yang membayar gajinya pada hari itu.
Saksikan video pelik itu di sini:
Ovo još nisam video.
Lukas Podolski ISKLJUČEN na HUMANITARNOM turniru koji je organizovao – ON. Sudija umalo izvukao deblji kraj…
Uvek ću ga pamtiti po tome što je bio čudo u reprezentaciji Nemačke, dok u klubovima nije uvek tako blistao.
I dalje pika fucu za Gornik Zabrze. pic.twitter.com/i7AyvLW8km
— Ivan Cvetković (@avant_garde11) January 8, 2023
Lukas Podolski dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak Jerman.
Dia berjaya membantu negaranya memenang Piala Dunia dan menjadi naib juara Euro. Membuatkan dia diberikan penghargaan khas untuk beraksi kali terakhir untuk Jerman selepas dia mengumumkan persaraannya.