[VIDEO] Pogba Berlari Mendapatkan Bendera Palestin Dan Mengibarkannya Bersama Amad

Manchester United beraksi perlawanan terakhir di home pada musim ini. Aksi di Old trafford menentang Fulham menyaksikan kehadiran penyokong pada kapasiti terhad.

Man United gagal untuk menang sekali lagi di Old Trafford. Edinson Cavani memberikan United pendahuluan dengan gol cantik dari luar kotak penalti.

Namun pada separuh masa kedua, Fulham menyamakan kedudkan menerusi Joe Bryan. Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.

Ketika sesi memberikan selamat tinggal kepada penyokong sempena perlawanan terakhir, seorang penyokong meminta Pogba mengibarkan bendera Palestin.

Pogba dengan senang hati menerima pelawaan itu dan berlari anak ke arah tempat duduk penyokong lalu mendapatkan bendera tersebut.

Dua orang penyokong tersebut memberikan Assalamualaikum kepada Pogba dan mereka sangat gembira apabila megastar itu dengan rendah hati mengambil bendera Palestin tersebut.

Pogba kemudian diiringi Amad Diallo sama sama memegang bendera Palestin tanda solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang dalam bahaya di negara mereka ketika ini.

Tindakan Pogba dan Amad itu membuatkan ramai netizen terharu dengan sokongan mereka. Dua pemain yang bermain dalam kelab besar menyatakan sokongan mereka dalam satu acara yang menjadi tumpuan jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Pogba merupakan pemenang Piala Dunia bersama Perancis sebelum ini sudah menyatakan solidaritinya menerusi akaun media sosial beliau. Begitu juga dengan Amad Diallo.

Sebelum ini dalam aksi final Piala FA, Hamza Choudhury dan Fofana turut mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti mereka.

Β 


Β 

BACA JUGA:Β [VIDEO] Cavani Mencipta Calon Goal Of The Season Yang Melemaskan Areola Tanpa Belas

Bintang Manchester United dari Uruguay, Edinson Cavani meneruskan kecemerlangannya bersama dengan United. Dalam aksi menentang Fulham, Cavani dengan jahatnya menewaskan bekas rakan sepasukannya, Areola dari tengah padang.

Cavani menjaringkan gol dengan melalukan lob dari jarak jauh memerangkap Areola yang terkeluar sedikit daripada kedudukan terbaiknya di depan gawang.

Sangat sukar untuk menafikan gol tersebut kerana ianya dilakukan dengan sempurna oleh Cavani.

Gol tersebut sangat istimewa kerana dilakukan di Old Trafford dalam keadaan stadium tersebut mengalu alukan semula kedatangan penyokong pada kapasiti terhad.

Peminat di dalam stadium rasa puas melihat bintang Uruguay tersebut memberikan hadiah istimewa di hadapan mata mereka.

Cavani membuatkan peminat United menjadi teruja di media sosial bercerita betapa pentingnya beliau musim ini kepada pasukan.

Gol Cavani itu sudah pasti dalam senarai untuk bersaing bagi kategori jaringan tercantik musim ini. Mana tidaknya, ianya memerlukan teknik dan kejituan yang tinggi untuk melakukannya. Berhadapan pula dengan penjaga gol seperti Areola.

Β 

Namun sayangnya United gagal mendapatkan gol kedua mereka dalam perlawanan ini. Malah mereka bolos pada minit ke-76 untuk membolehkan Fulham pulang dengan 1 mata dari Old Trafford.

Prestasi cemerlang Cavani dalam beberapa perlawanan terakhir ini pastinya membuatkan beliau dalam senarai teratas untuk menjadi calon kesebelasan utama aksi final Liga Europa musim ini.

Cavani minggu lalu mengesahkan bahawa beliau akan terus kekal semusim lagi bersama dengan Manchester United. Keputusan yang berat untuk diambilnya kerana dia awalnya mahu bermain di Argentina untuk berada lebih dekat dengan keluarganya.

Namun selepas Ole Gunnar Solskjaer berbincang secara peribadi dengan beliau, Ole berjaya meyakinkan Cavani untuk kekal semusim lagi. Ini kerana Ole berpuas hati dengan sumbangan Cavani sepanjang musim ini. Sama ada di atas padang ataupun di luar padang.

Di atas padang beliau masih lagi penyerang yang kompetitif. Di luar padang beliau menjadi mentor kepada pemain pemain muda.

Cavani ditandatangani Man United secara percuma sebelum ini. Beliau ketika itu dalam keadaan cedera. Walaupun sudah berusia, Cavani tetap menjadi calon signing of the season untuk EPL musim ini.