[VIDEO] Pogba Harap Rudiger Tidak Digantung Selepas Insiden Gigit Dan Raba

Antonio Rudiger tiba tiba kerasukan roh Luis Suarez dan mengokak belakang Pogba sambil memicit dada pemain itu.

Pogba meronta ronta mahu melepaskan diri daripada seksaan rabaan itu. Namun Rudiger tidak melepaskannya.

Kedua dua pemain dilihat berbalas kata kata. Dan akhirnya Rudiger yang geram menggigit dan memeluk erat Pogba yang sudah ada seorang bini dan seorang anak.

Tindakan itu mengejutkan ramai. Malah ramai juga juga yang geli hati melihatnya. Dan menyatakan kemungkinan sebelum ini Suarez sudah memindahkan kuasanya kepada Rudiger:

Suarez memang dikenali dengan sikapnya suka menggigit orang. Sehinggakan ada klausa menegah dia menggigit pemain lain ketika di Barcelona.

Rudiger berdepan dengan tindakan retrospektif di atas tindakannya menggigit lawan. Sebelum ini Luis Suarez pernah digantung 9 perlawanan kerana menggigit Chiellini dalam aksi Piala Dunia 2014.

Rudiger kali ini tidak dilihat pegadil dan dia mungkin akan dinilai oleh jawatankuasa disiplin.

Selepas tamat perlawanan Rudiger dilihat pergi ke arah Pogba dan memeluk pemain itu. Dia meminta maaf di atas tindakannya.

Gambar kedua dua pemain itu bercakap dan berpelukan selepas tamat perlawanan ternyata menarik perhatian ramai.

Pogba kemudian menyatakan dia tak mahu Rudiger digantung. Dan dia sudah melupakan insiden itu.

β€œKami berdua sahabat, ini bukan perkara besar pun. Saya rasa kamu tengok di tv dan di dalam gambar, semua ini sudah berakhir, ianya sudah berlalu. Saya tak merengek meminta dia dilayangkan kad kuning atau merah. Dia menggigit saya sikit je.”

Dalam aksi tersebut Jerman kalah 0-1 di tangan Perancis. Jaringan sendiri Mats Hummels sudah cukup memberikan Perancis kemenangan pertama dalam kempen Euro 2020.

Pogba beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Baca yang lain