Harry Maguire telah melakukan aksi ala scorpion kick yang terkena telinga Pogba. Berdesing bunyi sampai dia terpaksa dikeluarkan selepas itu.
Gerakan Maguire itu mirip kepada submission cap dagang Shawn Michael di arena gusti.
Ianya satu gerakan dengan tendangan ala karate yang dilepaskan secara mengejut ke atas dagu lawannya oleh Shawn Michaels.
Gerakan itu kemudian disenaraikan sebagai salah satu gerakan paling bahaya dalam gusti. Ini memerlukan dua penggusti berada di kedudukan yang tepat untuk mengelakkan kecederaan serius.
Berbalik kepada insiden Maguire. Dia telah melepaskan sepakan ala sweet chin music itu ke arah rakannya.
Insiden itu berlaku pada minit ke-60. Ketika pemain pemain sama sama melonjak cuba memenangi bola. Secara tak sengaja, Maguire melakukan aksi mengait telinga Pogba.
Kesakitan jelas terasa pada Pogba yang bermain dengan baik sepanjang perlawanan.
Harry Maguire kicked Pogba and fouled him lmaoooopic.twitter.com/amciPoF6sH
— Conor (@Conor7i) April 16, 2022
Sememangnya ianya insiden yang sukar dielakkan. Cuma persoalannya, kenapa mesti Maguire dan selalunya dia? Kata seorang peminat Man United.
Maguire plays against his own team🤣 pic.twitter.com/6j0vnXotWo
— Theo (@Thogden) April 16, 2022
Paling kesian, Pogba sangat kecewa dengan kecederaan seperti itu. Dia menampar nampar tanah dengan kuat sekali tanda kecewa.
Ronaldo yang lalu di hadapannya, hanya mampu memandang dan tidak mahu berkata apa apa.
Pogba fuming at Maguire for kicking him looooooolpic.twitter.com/ywWqkwmcXf
— #DubNation (@_Mxhomes) April 16, 2022
Ada juga yang menyakat bahawa sebenarnya Maguire sudah berlatih gerakan itu. Cuma korang je lalai.
So that's what he was doing in Warmup 😭 pic.twitter.com/Q1KBGkdHvd
— Conor (@Conor7i) April 16, 2022
Manchester United berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2. Sekaligus meletakkan Norwich terus termendap di dasar liga.
Cristiano Ronaldo mencetak hatrik keduanya musim ini bersama dengan Man United.
Dia menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama dan gol kemenanga pada separuh masa kedua dengan sepakan percuma cantik.
Sebelum itu Norwich sempat mengikat Man United 2-2.
Sebelum rehat, pada masa kecederaan separuh masa pertama, Kieran Doyle merapatkan jurang gol selepas menerima hantaran Teemu Pukki.
Pukki terus menjadi masalah utama Man United dengan gol penyamaan pada awal separuh masa kedua. Hanya selepas 7 minit wisel separuh masa kedua bermula.
VAR digunakan untuk menentukan keabsahan gol itu. Dan VAR mengesahkannya bersih!
Namun tiada siapa dapat menghalang Ronaldo daripada menjadi wira kemenangan pasukannya dengan sepakan percuma yang sangat deras.
Kemenangan ini membolehkan United naik ke tempat kelima selepas tamat perlawanan. Norwich pula terus berada di dasar liga.
United kini hanya 3 mata di belakang Spurs yang berada di tangga keempat.