Video Promosi Mike Tyson Akan Bertinju & Cuba Meng-KO-kan Ikan Jerung

Semua orang dah tahu bahawa Mike Tyson sudah bersedia untuk bertarung lagi. Tetapi sebelum bertemu dengan petinju yang lain, bekas juara dunia kelas berat itu akan bertarung terlebih dahulu dengan salah satu pemangsa yang paling ditakuti di dunia.

Pada hari Rabu, Discovery Channel mendedahkan bahawa Shark Week yang sangat popular akan diserlahkan lagi oleh pertarungan antara Mike Tyson dan Great White Shark.

Tyson Vs. Jaws: Rumble on the Reef adalah episod khas yang akan ditayangkan pada 9 Ogos jam 9 malam. Ia pastinya acara yang menjadi tumpuan seluruh dunia.

Semasa acara itu, Tyson akan berhadapan dengan binatang itu atas nama tujuan penyelidikan.

Tyson menambah, beliau kegembiraan, di mana announcer ring yang terkemuka iaitu Michael Buffer, juga akan turut serta.

“Dengan announcer pertarungan terkenal Michael Buffer akan mengumumkan pertarungan itu, kedua dua pertarung kelas berat ini akan bergerak di bawah air, di mana Mike Tyson akan mencuba mencetak TKO di ke atas pemangsa berbadan besar itu … semuanya atas tujuan penyelidikan,” jelas Discovery.

Walaupun perincian tentang pertandingan masih tidak didedahkan, Tyson mengatakan bahawa dia menyahut cabaran ini untuk mengatasi ketakutannya untuk kembali semula ke ring.

Sebelum ini Discovery pernah membuat perlumbaan di antara Michael Phelps dengan white shark. Di mana kedua duanya dilepaskan pada sesi berbeza untuk berenang dalam jarak yang sama.

Bagaimana pula dengan format Mike Tyson vs Great White Shark?

Tyson menyatakan beliau menyahut cabaran ini untuk mengatasi rasa gentarnya kembali semula ke ring.

“Saya menyamakannya dengan mengatasi rasa takut saya untuk kembali ke gelanggang pada usia 54 tahun,” jelasnya.

“Saya belajar dari pengalaman ini menerima tawaran Shark Week untuk menentang apa sahaja yang menakutkan saya.”

“Saya masih dapat melangkah menghadapi cabaran mengatasi apa sahaja yang akan menghalang saya daripada mencapai misi hidup saya untuk mencapai potensi tertinggi dalam hidup dan mendekatkan saya dengan Tuhan.”

Lihat video pengenalan acara itu di sini:

Tyson sudah bersedia untuk kembali semula ke ring. Sebelum ini beliau sudah mengumumkan akan perkara tersebut.

Di mana ia adalah untuk acara amal. Lawan beliau masih belum diumumkan lagi.

Dunia sukan telah menjadi gila apabila Mike Tyson mengatakan bahawa dia ingin kembali bertinju beberapa minggu lalu untuk pertarungan amal bagi mengutip dana.

Ia menambahkan lagi kegilaan pada tahun 2020.

Dana tersebut akan disalurkan kepada tabung wabak yang akan membantu mereka yang memerlukan.

‘Iron Mike’ tetap menjadi salah satu legenda yang paling dikenali dalam arena sukan setelah meningkat naik menjadi terkenal pada tahun 1980-an sebagai pakar KO dan juara kelas berat yang termuda dalam sejarah.

Tetapi setelah tiga kekalahan dalam empat pertarungan profesional terakhirnya serta beberapa komen membimbangkan tentang kesihatan mentalnya, maka beliau telah mengumumkan persaraannya.

Walaubagaimanapun, ramai juga menganggap Mike Tyson mungkin hanya bergurau dan cuma gimik. Ini kerana Mike Tyson dianggap sudah terlalu tua untuk kembali semula untuk satu lagi pertarungan.

Namun begitu, Tyson sepertinya sudah bersiap sedia untuk kembali semula bertumbuk di dalam ring.

Tyson memberitahu Facebook Gaming: “Saya merasa tidak dapat dihentikan sekarang. Dewa-dewa perang telah membangunkan saya semula. Mereka telah menyalakan ego saya dan mahu saya pergi berperang lagi.”

Tyson kembali bertinju?

Pada usianya yang sudah 53 tahun, Mike Tyson sebelum ini membuatkan Khabib Nurmagomedov dan The Rock terpukau dengan kepantasan beliau melakukan tumbukan dan kondisi fizikal yang mantap.

Tyson mulai menurunkan berat badannya agar menjadi unggul.

Tyson nampaknya telah menghantar mesej yang jelas kepada semua orang yang ragu-ragu dengan kepulangannya ke ring. Ini apabila Mike Tyson memuat naik kompilasi latihan yang ckup padu serta mengancam di Instagram pada malam Isnin.

Beberapa kompilasi beliau berlatih dengan pad di mana gaya tumbukannya masih berbisa dan masih laju. Malah video kali ini lebih ganas daripada yang sebelum ini dengan beberapa siri paparan tumbukan padu Iron Mike.

Tyson menulis dengan mengatakan: “Apa-apa sahaja tidak mustahil jika kamu bijak. Berlatih dengan bjiak. Recover dengan lebih bijak.”

Tyson dengan nada tegas berkata: “I’m back!”

Beberapa nama legenda sudah dikaitkan dengan perlawanan amal itu termasuk Evander Holyfield. Namun Holyfield menyatakan beliau tak perlukan trilogi untuk membuli rakan baiknya itu sekali lagi.

Ada juga yang mencadangkan Mike Tyson untuk berhadapan dengan Lennox Lewis, yang pernah menewaskannya satu ketika dahulu.

Tidak kurang juga, ada beberapa petinju lain yang sudah menawarkan diri mereka untuk beraksi bertinju dengan Iron Mike.

‘Mayweather Sedang Khayal, Klaim Dirinya Lebih Hebat Daripada Muhammad Ali’

Ini 5 Petinju Yang Pernah Kalahkan Mike Tyson

 

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun