Real Madrid meneruskan tradisi cemerlang mereka di dalam UC. Kali ni mereka berjaya menyingkirkan PSG daripada Liga Juara-Juara dengan cara yang dramatik.
Tampil di Santiago Bernabeu pada leg kedua pusingan 16 terakhir selepas kemenangan dengan skor 3-1(agg 3-2)Â mengatasi PSG yang menurunkan trio Mess-Mbappe-Neymar.
Dalamm aksi pertama di Parc des Princes Februari lalu, Madrid tewas dengan jaringan tipis 0-1. Perlawanan di mana Real Madrid beraksi teruk dan boleh kalah lebih besar lagi.
Pada mulanya, orang ramai meragui bahawa Real Madrid mampu terus kekal dalam persaingan Liga Juara-Juara.
PSG cukup dominan mengawal separuh masa pertama dan mencipta beberapa peluang berbahaya. Walaupun pada minit ke-34, PSG berjaya menjaringkan gol tetapi ia tidak dibenarkan kerana ofsaid.
Gol yang dinanti-nantikan PSG kemudiannya tercipta pada minit ke-39, dan kali ini ianya tidak dibatalkan oleh pengadil. Kylian Mbappe menunjukkan kualitnya kepada peminat Real Madrid dengan menjaringkan gol selepas melepasi Eder Militao.
PSG semakin selesa mengawal permainan pada separuh masa pertama. Malangnya, kelab buatan Mauricio Pochettino itu gagal untuk menggandakan kelebihan gol mereka.
Separuh masa pertama berakhir dengan PSG mendahului Real Madrid 1-0.
Tatal ke bawah untuk membaca maklumat lanjut.
Separuh masa kedua, pada minit ke-54, PSG sekali lagi menyaksikan gol mereka dibatalkan oleh pengadil atas sebab yang sama iaitu ofsaid.
Detik ngeri Donnarumma
Kesilapan maut Gianluigi Donnarumma memberi harapan kepada Real Madrid. Pada minit ke-61, penjaga gol Itali itu mengawal bola terlalu lama sehingga dia terjatuh selepas diasak dengan body charge oleh Karim Benzema. Bola itu dirampas oleh Vinicius Junior yang melorongkan terus kepada Benzema untuk gol. 1-1.
Donnarumma seharusnya bertindak lebih cepat. Dia ditekan dengan high line pressure oleh Real Madrid.
donnarumma 😹pic.twitter.com/WQqqJosCri
— Karim (@Futball_Karim) March 9, 2022
Real Madrid menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-76, juga menerusi Benzema sekali lagi. Kali ini Benzema menerima hantaran pembunuh daripada Luka Modric. Benzema hanya melakukan half turn dan kemudian merembat masuk menewaskan Donnarumma. Kini agregat 2-2.
PSG mulai ketakutan melihat apa yang berlaku. Peminat di Santiago Bernabeu turut membuatkan PSG hilang arah.
Real Madrid mulai menunjukkan mereka siapa ‘bos’ sebenar di UCL. Pasukan yang ada 13 UCL di kabinet mereka.
Hanya dua minit kemudian, Karim Benzema membuat Santiago Bernabeu bergemuruh dengan hatriknya! Pemain Perancis itu merembat terus bola yang datang daripada Marquinhos. Pemain pertahanan tersebut berjaya menghalang Vinicius, namun dia melakukan kesilapan besar dengan clearance seperti itu.
Gol itu adalah gol kemenangan Real Madrid secara agregat.
PSG sekali lagi tersingkir dan melanjutkan lagi penantian kelab mereka dalam usaha mahu menjuarai UCL.
Pengurus pengurus sebelum ini dipecat setelah gagal dalam kempen UCL. Kerana PSG tidak akan membawa bintang seperti Neymar, Messi dan Mbappe hanya untuk semata mata memenangi Ligue 1.
Messi merupakan pemain dengan gaji tertinggi di dunia ketika.
When you bring: Messi, Hakimi, Donnarumma, Nuno mendes, Wijnaldum and you get knocked out in the round of 16 #UCL pic.twitter.com/nJM9uXZOz8
— 🇩🇿 (@M0USAAB) March 9, 2022
Musim lalu, Pochettino juga dikatakan hampir dipecat selepas gagal menjuarai UCL. Namun dia bernasib baik kerana masih diberikan kepercayaan oleh kelab.
Musim ini PSG tersingkir di peringkat 16 akhir.
Namun harus diimbas kembali aksi di Parc Des Princes di mana PSG gagal memanfaatkan peluang terbaik mereka untuk menambah jaringan lebih banyak.
Skuad bimbingan Carlo Ancelotti ketika itu dikritik ramai kerana pendekatan taktikal yang dianggap pasif. Namun membuktikan bahawa beliau berjaya melepasi cabaran PSG dengan kualiti yang mereka ada.