]Video] Pujian Media Itali Buat McTerminator

Aksi debut Scott McTominay bersama Napoli mendapat pujian ramai di Itali. Seorang pundit di Itali menganggap McTominay seperti Gulliver sedang bermain dengan orang kenit.

Kisah rakyat Gulliver tu memang popular di sana. Merujuk kepada Gulliver yang terdampar di perkampungan orang kenit. McTominay menunjukkan aksi dominan ketika berdepan dengan Juventus.

Dan ada yang berpendapat bahawa keputusannya untuk menyertai pasukan Napoli adalah keputusan tepat memandangkan pengurus kelab itu sekarang ialah Antonio Conte.

Sebenarnya Erik Ten Hag tidak mahu menjual McTominay. Namun dia menghormati pemain itu yang mahukan lebih banyak masa bermain. Atas dasar hormat satu sama lain McTominay setuju dia tak akan mendesak perpindahan jika tawaran tidak di atas £30 juta.

Fulham yang mendengar McTominay mahu pindah menawarkan harga kurang daripada £30 juta dalam dua atau tiga bidaan mereka.

Pemain itu kekal tenang walaupun dia sudah setuju syarat peribadi dengan Fulham. Akhirnya United mendapat tawaran lebih baik daripada Napoli yang sanggup membayar pakej sekurang kurangnya £30 juta termasuk bonus.

Akhirnya McTominay dengan rela hati berhijrah ke Itali menyertai Napoli yang dalam proses pembikinan semula di bawah Antonio Conte.

Conte sendiri akui, McTominay adalah pilihan terbaiknya di jendela perpindahan memandangkan pemain itu disenarai untuk dijual. Conte suka dengan gaya permainan McTominay yang bertenaga.

Dia cemerlang dalam debutnya bersama Napoli ketika berdepan Juventus.

https://trwitter.com/carlo_gioiaa/status/1837560915124015429