[VIDEO] Pundit Yakin Pengadil Akan Rasa Malu Kerana Batalkan Gol Bertaraf Dunia Coutinho

Aston Villa seri 1-1 menentang Man City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Villa Park.

Skuad bimbingan Steven Gerrard pada awalnya dijangka akan menjadi kepada Manchester City kerana prestasi kedua dua pasukan yang jauh berbeza ketika ini.

Namun ternyata skuad bimbingan Pep Guardiola tidak dapat melakukannya walaupun mendahului menerusi Erling Haaland.

Villa menyamakan kedudukan menerusi Leon Bailey. Manchester City malah hampir kalah dalam perlawanan ini. Mujur pengadilan kontroversi menyelamatkan mereka apabila gol cantik Phil Coutinho dibatalkan.

Insiden itu berlaku pada minit ke-79. Di mana penjaga garisan menyatakan bahawa Coutinho berada dalam kedudukan ofsaid.

Steven Gerrard menganggap pengadil terlalu tergesa gesa dalam membuat keputusan untuk membatalkan gol tersebut.

“Saya melihat satu gol yang sah tetapi jelas sekali pandangan saya berat sebelah.”

Bos Villa itu kemudiannya mendakwa dalam sidang akhbar selepas perlawanannya bahawa para pengadil telah menyedari bahawa mereka membuat keputusan ofsaid terlalu cepat.

“Saya telah pergi dan bercakap dengan pengadil dengan tenang selepas perlawanan,” katanya.

“Saya telah memberi masa yang cukup dan saya telah meminta pandangan daripada pihak mereka. Dengar, saya sentiasa cuba dan memahami sisi mereka. Tetapi pengadil telah meniup wisel terlalu cepat.

“Saya tahu ada sedikit perubahan peraturan dari segi tidak menunggu terlalu lama untuk wisel dan bendera ini. Saya faham peraturan itu berubah.”

“Jelas sekali ketika itu dan keputusan itu tidak memihak kepada kami tetapi ‘fair play’ kepada pegawai. Mereka telah menyedarinya dalam bilik persalinan selepas itu.”

Gol yang dijaringkan bekas pemain Barcelona itu turut mendapat perhatian daripada bekas pemain Man United yang kini bergelar pundit iaitu Dion Dublin.

“Saya rasa ia satu kesilapan besar. Mereka (pengadil dan penjaga garisan) akan melihat kembali insiden ini dan mereka akan malu kerana mereka sepatutnya membenarkannya (onside), melihat apa yang berlaku dan kemudian menangani situasi itu. Jangan [tergesa-gesa] meniup wisel anda,” katanya kepada Sky Sports.

Adakah anda rasa pengadil baru sahaja membatalkan gol berkelas dunia daripada Coutinho?

Saksikan analisis video di sini:

Baca yang lain