[VIDEO] Quartaro Rai Kemenangan Portugal Dengan Gaya CR7, Rossi Gagal Pintas Adiknya Dan Kemalangan

Fabio Quartararo dinobatkan juara MotoGP Portugal selepas mengatasi Francesco Bagnaia dengan jarak selesa lebih 4 saat.

Juara dunia musim lalu, Joan Mir pula menamatkan saingan di podium yang terakhir  – di tangga ketiga.

Fabio Quartararo tidak mahu melepaskan momen indah itu dengan meraikan dengan gaya SIIIIIIIU oleh Cristiano Ronaldo. Mungkin penghormatan buat pemain terbaik Portugal itu.

Saksikan di sini aksi Quartararo:

Quartararo kini menjadi pelumba pilihan pada musim ini bersama dengan pasukan Yamaha kilang.

Sementara itu, nasib yang berbeza dialami oleh Marc Marquez (Repsol Honda) dan Valentino Rossi (Petronas Yamaha SRT). Marc Marquez berjaya melengkapkan kemunculan semulanya dengan menduduki tempat ketujuh. Marquez diberikan tepukan gemuruh oleh pasukan Honda.

Sementara itu, Valentino Rossi (Petronas Yamaha SRT) gagal menamatkan perlumbaan setelah mengalami kemalangan pada pertengahan perlumbaan.

Pada awal perlumbaan Johann Zarco mendahului perlumbaan diikuti oleh dua pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins dan Joan Mir, masing-masing di tempat ke-2 dan ke-3 dengan jarak di antara mereka di bawah 1 saat.

Joan Mir kemudian dipintas oleh Quartararo untuk kedudukan ketiga. Dengan baki 22 pusingan lagi Alex Rins berada di hadapan tetapi dipintas Zarco sekali lagi.

Kedudukan 3 teratas kemudian berubah selepas Johann Zarco dipintas oleh Alex Rins dan Fabio Quartararo.

Jack Miller (Ducati Lenovo Team) kemudian menamatkan harinya setelah terbabas kerana hilang cengkaman tayar depannya di Turn 3.

Nasib yang sama dialami Miguel Oliveira (Red Bull KTM), juga terjatuh di Turn 14.

Dan kemudian Quartararo memintas Alex Rins ketika perlumbaan berbaki 16 pusingan. Di belakang Rins ialah Joan Mir, Johann Zarco, dan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT).

Zarco kemudian menyerang dengan kelajuan Ducati yang memang luar biasa musim ini di laluan lurus. Dia memintas Mir.

Valentino Rossi yang cuba mendapatkan kedudukan lebih baik, gagal berbuat demikian dan kemalangan di Turn 11 ketika cuba memintas adiknya, Luca Marini, (Sky VR46 Avintia).

Rins kemudian kemalangan pada turn kelima. Membuatkan Quartararo selesa di hadapan dengan 4 saat di atas lawannya. Kemudian kemalangan terus berlaku, kali ini melibatkan Johann Zarco yang terjatuh di Turn 10.

Akhirnya 5 teratas ialah; Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, Joan Mir, Franco Morbidelli, dan Brad Binder (Red Bull KTM). Kedudukan lima pemandu teratas tidak berubah sehingga tamat perlumbaan.

Fabio Quartararo akhirnya juara!

Sementara itu, Francesco Bagnaia melengkapkan kemunculan semula setelah mengatasi tekanan dari Joan Mir dan Franco Morbidelli dalam tiga pusingan terakhir.

Keputusan MotoGP Portugal 2021

1. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha)
2. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) +4,809
3. Joan Mir (Suzuki Ecstar) +4,948
4. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) +5,127
5. Brad Binder (Red Bull KTM) +6,668

6. Elix Espargaro (Aprilia Gresini) +8,885
7.Marc Marquez (Repsol Honda) +13,208
8. Alex Marquez (LCR Honda Castrol) +17,992
9. Enea Bastianini (Esponsorama Avintia) 22,369
10. Takaaki Nakagami (LCR Honda Idemitsu) +23,676

11. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) +23,761
12. Luca Marini (Sky VR46 Avintia) +29,660
13. Danilo Petrucci (Tech3 KTM) +29,836
14. Lorenzo Savadori (Aprilia Gresini) +38,941
15. Iker Lecuona (Tech3 KTM) +50,642

Gagal tamatkan perlumbaan
————
Miguel Oliveira (Red Bull KTM)
Johann Zarco (Pramac Racing)
Alex Rins (Suzuki Ecstar)
Valentino Rossi (Petronas Yamaha SRT)
Jack Miller (Pasukan Ducati Lenovo)
Pol Espargaro (Repsol Honda)

 

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.