[VIDEO] Que Ngoc Hai Tumbuk Theeraton Tapi Tiada Kad Merah

Pemain Vietnam, Que Ngoc Hai telah melancarkan tumbukan ke arah muka Theerathon Bunmathan dalam sedikit perbalahan melibatkan pemain kedua dua pasukan.

Detik itu benar benar mengejutkan, dan pengadil tidak melayangkan pemain itu kad merah.

Pembantu pengadil nampaknya tidak peka atau buat buat tak nampak dengan insiden itu untuk menasihati pengadil bahawa itu adalah serangan fizikal ganas yang layak mendapat kad merah.

Insiden berlaku pada minit ke-40 perlawanan, di mana Ngoc Hai awalnya menolak dengan kuat Theerathon.

Theerathon sebenarnya ada hak untuk bercakap dengan pengadil memandangkan dia adalah ketua pasukan.

Namun Que Ngoc Hai telah menunjukkan sikap liarnya dan mengasari pemain Thailand itu.

Pengadil kemudian hanya melayangkan kad merah kepada Ngoc Hai. Membuatkan pengendali Vietnam, Park Hang Seo benar benar bengang dengan keputusan pengadil.

Insiden itu juga membuatkan ramai peminat menyampah dengan Ngoc Hai.

Dan ada yang melabel Vietnam sekali lagi menjadi ‘kesayangan’ pengadil.

Sebelum ini pemain seperti Doang Van Hau beberapa kali mengasari lawannya sehingga ada yang sesak nafas, namun dia seringkali terlepas kad kuning atau merah di atas kekasaran dilakukannya.

Kali ini giliran Que Ngoc Hai pula terlepas kad merah dalam insiden yang berlaku pada final pertama Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh.

Mujur keadaan berjaya ditenangkan oleh beberapa pemain kedua dua pasukan.

Dalam kariernya di peringkat kebangsaan, Que Ngoc Hai tidak pernah mendapat kad merah selepas 54 penampilannya untuk Vietnam.

Ini termasuk satu insiden dalam perlawanan terdahulu ketika menentang Thailand di mana dia menyepak bola ke arah muka pemain Thailand.

Aksi antara Vietnam dan Thailand bagi final pertama Piala AFF 2022 berakhir dengan seri 2-2 di My Dinh.

Aksi kedua akan berlangsung pada 16 Januari ini di Thailand.

Thailand berjaya membawa 2 gol tempat lawan daripada perlawanan pertama.

Ianya akan menjadi aksi terakhir Park Hang Seo bersama Vietnam. Adakah ianya akan berakhir dengan trofi? Kerana pengendali Vietnam itu sudah berjanji mahu membawa pulang trofi Piala AFF ke Vietnam sebagai tanda terima kasihnya kepada negara itu dan juga hadiah perpisahan sempurna.

Baca yang lain