Ia adalah tempoh yang sukar untuk Sergio Ramos sejak dia menandatangani kontrak dengan Paris Saint-Germain, dengan kecederaan yang berlarutan yang dibawanya dari di Real Madrid yang menghalangnya daripada membuat penampilan sulung sehingga sekarang.
Namun dia telah diberi lampu hijau bahawa dia akhirnya boleh kembali ke padang pada hari Sabtu.
PSG bersedia untuk menentang Nantes dalam perlawanan Ligue 1 pada hari Sabtu, dan Ramos berkemungkinan akan dapat diturunkan. Hanya selepas empat bulan selepas dia menandatangani kontraknya bersama PSG.
Ramos kembali menjalani latihan penuh bersama skuad senior di Paris pada awal minggu ini ketika pemain pemain lain menyertai tugasan antarabangsa.
Mauricio Pochettino sangat menagih kelibat Ramos selepas Presnel Kimpembe mengalami masalah kecederaan.
Namun Pochettino akan cuba menggunakan Ramos dengan berhati hati. Kerana Pochettino biasanya tidak akan memberikan minit penuh kepada pemain yang baru cergas selepas kecederaan panjang.
Ramos sekali lagi turun berlatih bersama dengan pasukan penuh PSG. Ia menguatkan lagi kedudukannya untuk membuat debut pada minggu ini.
Ramos pertama kali menyertai Messi dan yang lainnya di padang latihan. Messi baru kembali dari tugasan antarabangsa bersama Argentina.
Sebelum ini Messi diberitakan cedera. Namun Argentina memanggil pemain itu dan menurunkannya dalam aksi berdepan Brazil.
Ramos dan Messi sebelum ini menarik perhatian ramai kerana akhirnya mereka bersama di PSG selepas sekian lama bermusuh di Sepanyol.
Saksikan aksi Ramos dan Messi berlatih bersama sama.