Manchester United menerima kunjungan Middlesbrough dalam aksi Piala FA pusingan keempat.
Bertempat di Old Trafford, Manchester United disingkirkan oleh pasukan Liga Kejuaraan di hadapan penyokong mereka sendiri. Dan keadaan benar benar membuatkan Rangnick bengang apabila VAR mengesahkan gol Matt Crook, sedangkan Duncan Watmore handball sebelum gol itu.
United mendahului menerusi gol Jadon Sancho pada separuh masa pertama. Namun gagal untuk mendapatkan gol kedua walaupun ada banyak peluang terhidang,
Matt Crook kemudian menghukum United dengan gol penyamaan pada separuh masa kedua. Dan gol itu menjadi subjek perdebatan. Rangnick berkata:
“Pada detik mereka menjaringkan gol, jelas sekali VAR tidak seharusnya membenarkan gol ini untuk kekal diberikan. Kami tidak berada dalam posisi terbaik pada ketika itu, terlalu terbuka untuk memberikan ruang kepada mereka untuk menyerang balas. Kami sepatutnya memenangi perlawanan ini.”
Rangnick: "In the moment when they scored, it was clear that VAR would not allow this goal to stand. We were not well positioned in that moment, too open and allowed them the counter, we should have won the game." #mufc
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) February 4, 2022
Rangnick kemudian dimaklumkan oleh pegawai perlawanan bahawa VAR mengekalkan keputusan pengadil, Anthony Taylor untuk terus memberikan gol itu kerana peraturan baharu dalam handball. Di mana VAR menilai Watmore sebagai tidak sengaja handball.
VAR setuju dengan pengadil
VAR yang menyemak semula gol tersebut juga mengesahkan bahawa gol tersebut adalah bersih dan bersetuju dengan keputusan Anthony Taylor. Lalu perlawanan diteruskan.
Peminat di Old Trafford jelas sekali tidak gembira dengan keputusan pengadil. Begitu juga dengan mereka yang di media sosial. Di mana mereka benar benar mahukan kepastian dan penjelasan, bagaimana ini tidak dikira handball?
NOT HANDBALL SAYS VAR pic.twitter.com/0MKMG9e2vZ
— United Peoples TV (@UnitedPeoplesTV) February 4, 2022
Saksikan di sini bagaimana gol itu terhasil:
WOULD YOU BELIEVE IT 😱@mdrcrooks scores against the club he supports for @Boro! 💥#EmiratesFACup pic.twitter.com/dgtNknW8c3
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 4, 2022
VAR kemudian menjelaskan bahawa Watmore tidak dikira melakukan foul atau kesalahan pada fasa build up gol itu kerana handball itu tidak sengaja.
Dan ianya adalah tertakluk kepada peraturan baru tentang handball. Di mana, telah berlaku perubahan ke atas peraturan handball yang tak disengajakan dalam fasa build up yang membawa kepada gol.
I’d call it gaining an unfair advantage 🤷♂️
— mark Harrison (@markharrison666) February 4, 2022
Peraturan baharu tentang handball yang tak sengaja atau ‘accidental handball
Jadi, Man United menjadi mangsa kepada peraturan baharu handball yang sudah dirombak pada musim ini.
Jika pemain yang menyerang handball secara tak sengaja, dan pemain lain yang menjaringkan gol [bukan pemain yang handball tak sengaja tadi] – maka sekarang ini, gol itu akan diberikan. Musim lalu, ianya kemungkinan besar tidak diberikan.
Namun begitu, pemain masih dikira melakukan kesalahan, jika mereka handball tak senjaga, dan kemudian pemain itu sendiri yang menjaringkan gol tersebut.
Seterusnya pemain tidak boleh menjaringkan gol menggunakan tangan walaupun ianya secara tak sengaja.
Rangnick tak setuju Watmore dikatakan ‘accidental handball’
Rangnick kemudian menyatakan bahawa, bagaimana Watmore dikira tidak sengaja kalau dia mengawal bola menggunakan tangannya. Rangnick merujuk kepada ada pergerakan pada tangan Watmore yang kelihatan mengawal bola tersebut.
“Macamana benda tu dikira tidak disengajakan jika dia mengawa bola di udara dengan tangannya? Ia jelas sekali tidak sepatutnya diberikan gol, dan akhirnya sekali saya sangat terkejut kerana ianya dikekalkan.”
Rangnick on Middlesbrough's goal: "How can it be accidental if he controls the ball up in the air with his hand? It was clear it should not stand but in the end I was really surprised it stood." #mulive [itv]
— utdreport (@utdreport) February 4, 2022
United kalah dalam penentuan penalti. Apabila Anthony Elanga menjadi satu satunya pemain yang gagal dalam tugasan beliau.
Pemain muda itu ditenangkan oleh pemain pemain senior yang lain selepas dia menunjukkan wajah kecewanya.
Walaupun kontroversi pada gol Crook, namun United juga harus melihat kesalahan di pihak mereka sendiri. Terdapat 30 percubaan yang mereka lepaskan sepanjang perlawanan. Dengan 7 peluang ‘besar’ dicipta. Namun hanya 1 sahaja yang mereka sempurnakan.
Man United kini terlepas satu lagi trofi pada musim ini. Dengan mereka masih ada harapan untuk menamatkan musim ini dengan piala pada pertandingan Liga Juara Juara Eropah.