[VIDEO] Raphinha Robek Gawang Real Madrid Seperti Dijanjikannya Beberapa Hari Lalu

Nama Raphinha mengisi ruang perdebatan di media sosial sebelum ini. Ianya selepas dia menyatakan sudah tak sabar nak merobek gawang Real Madrid.

Selepas kemenangan menentang Inter Miami dengan skor 6-0, Raphinha yakin dengan peluang pasukannya kembali menjuarai La Liga musim hadapan. Merampasnya daripada musuh tradisi Real Madrid.

Raphinha tampil cemerlang dalam penampilan pertamanya bersama Barcelona dalam aksi pra musim di mana dia menjaringkan 1 gol dan mencipta 2 assist.

Aksi seterusnya adalah el clasico di Amerika Syarikat menentang Real Madrid.

Bekas pemain Leeds United itu sudah tak sabar mahu merobek gawang Real Madrid. Dan dia turut menyatakan bahawa Barcelona lebih baik daripada Real Madrid pada ketika ini.

“Setiap orang akan sentiasa cuba menjaringkan gol menentang sesiapa sahaja, tetapi jika ianya dilakukan dalam Clasico, keinginan itu lebih besar. Perkara yang paling penting ialah kemenangan. Tetapi bagi saya, kami lebih bagus daripada Real Madrid.”

“Saya mahu merobek gawang Real Madrid. Kami sudah tak sabar untuk beraksi dalam perlawanan itu,” tambah beliau lagi.

“Barcelona mempunyai beberapa pemain muda berbakat. Mereka melakukan kerja yang hebat dengan mereka. Mereka sentiasa berjuang untuk kejuaraan.”

Dalam aksi el clasico di Amerika Syarikat, Raphinha benar benar menjaringkan gol berdepan Real Madrid. Gol beliau pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan kemenangan tipis buat Barcelona ke atas musuh tradisi mereka Real Madrid.

Real mungkin boleh menarik nafas lega kerana prestasi cemerlang Courtois dapat membantu mereka mengelak kekalahan dengan margin lebih besar.

Apa yang pasti, Raphinha telah menjaringkan gol seperti dijanjikannya dan gol itu sangat cantik.

Bermula dari pressing berpasukan di garisan tinggi oleh Barcelona, mereka mendesak pertahanan Real Madrid melakukan kesilapan.

Bola singgah ke kaki Raphinha yang terus melakukan rembatan roket dari luar kotak penalti. Sangat cantik dan bergaya. Saksikan:

Raphinha baru sahaja menyertai Barcelona dari Leeds tetapi sudah pun memercikkan api persaingan sengit antara Barca dan Real Madrid.

Los Blancos merangkul gelaran LaLiga ke-35 dan trofi Liga Juara-Juara ke-14 mereka musim lalu. Dan Barca sudah sedia untuk kembali merampasnya dengan melakukan beberapa pembelian penting dalam jendela perpindahan kali ini.

Barcelona telah bertambah baik dengan penambahan Raphinha dan Robert Lewandowski. Namun, Real Madrid akan kekal kompetitif musim depan dan kedalaman skuad yang mereka ada. Di mana ianya semakin meningkat selepas Aurelien Tchouameni menyertai Los Blancos.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.