[VIDEO] Raphinha Sindir Pengadil Di IG Selepas Tiada Kad Merah Untuk Bentesan Penamat Karier Saiss

Raphinha telah membuat post di instagram menyindir pengadil perlawanan selepas beliau mengalami kecederaa dalam aksi di Elland Road, ketika Leeds seri 1-1 menentang Wolves dalam Liga Perdana Inggeris.

Hwang Hee Chan meletakkan Wolves di hadapan pada minit ke-10. Namun Leeds membalas gol itu sangat lewat. Di mana Leeds hanya menyamakan kedudukan menerusi penalti masa kecederaan sebelum wisel penamat oleh Rodrigo.

Dalam perlawanan tersebut, Raphinha berjaya mengelak kakinya daripada patah selepas dibentes lawannya.

Pundit Sky Sports, menyatakan bahawa bentesan itu sangat teruk dan Raphinha jelas sekali tidak ok.

Oleh sebab itu, Raphinha sangat berang dengan pengadil, David Coote selepas pengadil itu tidak memberikan kad merah kepada Romain Saiss di atas bentesan yang boleh memusnahkan karier oleh pemain itu.

Pemain Wolves itu menerjah pemain antarabangsa Brazil itu, menerjah dengan tapak kakinya ke atas buku lali Raphinha yang memaksa pemain No.10 Leeds itu dikeluarkan kerana cedera.

Bentesan tersebut sangat bahaya dan berpontensi membuatkan kecederaan lebih serius termasuk patah kaki. Peminat peminat Leeds resah melihat bintang utama mereka itu kesakitan.

Pemain berusia 24 tahun itu menulis di instagramnya ‘os melhores arbitros estao na premiere’ yang diterjemahkan ‘pengadil terbaik ada di Liga Perdana Inggeris’ – jelas, Raphinha memilih sarcasm untuk menyampaikan kemarahannya.

Pemain bernilai £17 juta itu baru saja kembali dari tugasan antarabangsa bersama Brazil, yang menyebabkan dia terlepas aksi dalam kekalahan 1-0 kepada Southampton sebelum ini.

Sekarang, Leeds mungkin akan kehilangan khidmat Raphinha lagi dalam beberapa minggu.

Ini adalah bentesan yang dilakukan oleh Saiss ke atas Raphinha yang membuatkan pemain itu mengerang kesakitan dan bengang kenapa pengadil tidak membuang padang Saiss.

Ia masih belum dapat disahkan lagi sejauh mana kecederaan Raphinha, tetapi jika ia teruk, Leeds pastinya akan bergelut dalam usaha mereka mahu menjauhi zon penyingkiran pada musim ini.

Selain itu komen sinikal oleh Raphinha itu juga mungkin akan mengundang tindakan dariapda FA England. Ini kerana EPL masih mengamalkan dasar di mana pemain dan jurulatih masih dilarang untuk terlalu vokal mengkritik pengadil.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan