Rara Pawang Hujan ataupun nama sebenar Raden Rara Istiati Wulandari dipanggil sekali lagi oleh kerajaan Indonesia.
Tugasannya, sama seperti biasa, membantu menolak hujan. Rara berada di kawasan Stadium Utama Bung Karno (GBK) menjelang pertandingan FIFA Matchday National Team (Timnas) Indonesia vs Argentina.
Sebelum sepak mula, Rara sedang berjalan pantas melalui GBK dalam hujan sambil membawa mangkuk emas yang menjadi “alat tempur” miliknya.
Dengan berkaki ayam, dia kelihatan menumpukan perhatian untuk memastikan cuaca elok menjelang perlawanan. Bagaimanapun, Rara enggan memberikan sebarang maklumat berhubung kegiatannya itu kepada wartawan.
Berdasarkan pemantauan CNBC Indonesia, hujan turun di kawasan Senayan sehingga jam 3.45 petang WIB.
Apabila Rara masuk ke stadium dan hujan mula reda. Namun, tidak lama kemudian hujan turun semula namun tidak lebat.
Perlawanan Indonesia vs Argentina bukanlah acara antarabangsa pertama yang diiringi oleh Rara. Sebelum ini, beliau pernah mengiringi acara MotoGP Indonesia di Mandalika, Lombok, Nusa Tenggara Barat pada 2022.
Mba Rara kebagian proyek menghadang hujan …jelang laga Argentina vs Indonesia pic.twitter.com/VYSEgObUph
— NeverAloneLy (@never_alonely) June 19, 2023
Aksi Rara kali ini pula adalah di hadapan juara dunia Argentina yang datang bertandang ke Indonesia. Aksi turut disaksikan presiden Jokowi.
Untuk makluman, MotoGP Mandalika 2022 ditangguhkan berikutan hujan lebat dan petir menyambar Litar Mandalika. Rara yang bertugas sebagai pengendali hujan segera memasuki litar dan melakukan ritual itu. Sejak itu, nama Rara mula dikenali oleh masyarakat Indonesia.
MotoGP malah sempat mencuti nama Rara dalam tweet mereka dengan mengucapkan terima kasih.
Menurut laporan di Indonesia, Rara merupakan antara orang yang seringkali dipanggil presiden Jokowi untuk membantu mengawal hujan.
Aksi Argentina dan Indonesia menjadi tumpuan seluruh rakyat Indonesia. Walaupun tanpa Lionel Messi, Argentina tetap memiliki skuad berkelas dunia.