Video Rare Henderson Berinteraksi Dan Memotivasikan Pemain Lain Atas Padang

Jordan Henderson menunjukkan ciri ciri kepimpinan dan kredibilitinya sebagai ketua pasukan.

Di mana dalam satu video yang dikeluarkan oleh LFCTV, ianya memaparkan bagaimana Jordan Henderson berinteraksi dengan rakan rakannya yang lain di atas padang.

Henderson memberikan pujian dan penghargaan di atas perkara yang baik dilakukan rakannya.

Seterusnya, dia memberikan arahan taktikal kepada rakannya untuk pergi ke sesuatu zon sama ada kerana mereka terleka ataupun untuk ‘cover’ kawasan kawan mereka.

Henderson membantu rakannya untuk memberitahu keadaan di belakang mereka dan juga meminta rakannya untuk menaikkan lagi tempo dan mempercepatkan hantaran.

Video tersebut mendapat reaksi positif daripada ramai pihak.

Ianya menunjukkan situasi sebenar seorang kapten yang vokal di atas padang ketika aksi berdepan Atalanta.

Dengan keadaan stadium yang kosong, barulah kita dapat mendengar arahan seorang kapten profesional.

Antara komen para peminat adalah: “Kepimpinan ditunjukkan apabila Henderson berkata: ‘Bantu dia Trent’ – di mana Henderson meminta Trent Alexander Arnold membantu pemain baru Rhys Williams.”

“Kempiminan yang hebat itu adalah kerana karakter, intergriti dan membantu yang lain.”

Ramai juga yang mengetag kapten masing masing, yang menjadi ketua pasukan mereka bermain di liga sosial dan sebagainya.

Selepas tamat perlawanan Diogo Jota memuji sikap kepimpinan Henderson. Di mana Jota mendedahkan pesanan teks yang dihantar Jordan Henderson kepadanya sebelum beliau tiba di kompleks latihan Liverpool sebelum ini.

Diogo Jota telah membuat permulaan yang luar biasa untuk kariernya di Liverpool.

Pemain Portugal itu menjaringkan hatrik semasa kemenangan Liga Juara-Juara 5-0 ke atas Atalanta pada Selasa.

Jota berjaya mencetak tujuh gol dalam 10 penampilan sejak perpindahan GBP45 juta dari Wolves.

Bagaimana dia dapat menyesuaikan dengan cepat di Anfield?

Jota tiba tiba menyebut nama  kapten Jordan Henderson di atas penyesuain dirinya dalam pasukan baharunya.

Jota malah mendedahkan apa yang dikatakan Jordan Henderson sebelum menyertai sesi latihan pertama pasukannya.

“Bahkan sebelum saya tiba untuk sesi latihan pertama saya, dia sudah mengirim SMS kepada saya, mengatakan bahawa dia akan berada di sana untuk sentiasa bersedia membantu saya, mengucapkan selamat datang,” jelas Jota.

“Ini adalah perkara besar bagi saya dan saya tidak menjangkakannya dan saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jordan untuk itu.”

Klopp: Jordan Henderson kapten kami

Kapten legenda Liverpool, Steven Gerrard antara yang sentiasa percaya kepada kepimpinan yang ada pada Henderson.

Beliau antara individu yang menyambut baik cadangan Brendan Rodgers ketika pengurus tersebut mahu memberikan lilitan kapten kepada Henderson apabila Gerrard meninggalkan Liverpool.

Ketika Jurgen Klopp memulakan eranya di Liverpool, satu perkara yang ditanyakan kepada beliau adalah berkaitan dengan ketua pasukan pilihannya.

Ini kerana ketika di Borrusia Dortmund beliau memiliki nama nama kapten yang berkredibiliti tinggi.

Lalu ramai yang mempersoalkan adakah beliau akan terus mengekalkan kapten pilihan Brendan rodgers iaitu Jordan Henderson sebagai kaptennya. Pemain yang ketika itu masih muda.

Jurgen Klopp tanpa keraguan menyatakan bahawa beliau tidak perlu memikirkan soal pemilihan ketua. Ini kerana baginya Liverpool sudah memiliki seorang kapten yang bagus.

Pada ketika itu Jordan Henderson masih lagi dalam kecederaan.

Henderson merupakan nama yang turut disokong oleh kapten lagenda Liverpool itu Steven Gerrard.

Di mana Gerrard percaya bahawa Jordan Henderson memiliki segala kriteria yang diperlukan untuk menjadi kapten Liverpool.

Pada permulaannya beliau dibayangi oleh kelengendaan Steven Gerrard.

Ramai mulai membanding-bandingkan Jordan Henderson dengan Steven Gerrard. Tanpa mereka sedari sebenarnya Steven Gerrard adalah tidak mampu untuk digantikan sesiapa sahaja.

Jadi perlu untuk move on dan menyokong Jordan Henderson.

Sesiapa sahaja yang menjadi kapten selepas Gerrard akan berdepan dengan tekanan tinggi.

Pemain yang dikatakan oleh Brendan rodgers sebagai punca utama Liverpool terlepas kejuaraan Liga sebelum ini kerana tiada Henderson.

Dan kemudian Liverpool menandatangani beberapa lagi pemain bintang termasuk Virgil Van Dijk.

Namun Jordan Henderson tetap diberikan mandat oleh Liverpool termasuk rakan rakannya.

Malah Van Dijk sendiri agak kecewa dengan cadangan beberapa pihak yang mahukannya menggantikan Jordan Henderson.

Hari Demi Hari Jordan Henderson terus menampakkan kepentingannya di dalam pasukan. Beliau bermain di kesemua posisi bahagian tengah tanpa merungut.

Malah Jurgen Klopp sendiri pernah meminta maaf kepada Jordan Henderson kerana menurunkannya di posisi nombor 6.

Kerana beliau tahu pemain itu lebih bagus ketika bermain di posisi utama nombor lapan.

Ketika Liverpool kehilangan Fabinho kerana kecederaan panjang musim ini, Jordan Henderson menjadi pemain yang berjaya menampal kekosongan yang ditinggalkan itu.

Hendo yang profesional

Malah Jurgen Klopp menyatakan profesionalisme yang ada pada Jordan Henderson adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat pada mana-mana pemain lain.

Klopp tidak pasti sama ada Jordan Henderson suka atau tidak bermain di posisi tersebut.

Namun apa yang beliau lihat pemain itu sentiasa memberikan komitmen terbaik di atas padang.

Pada musim lalu Jordan Henderson beraksi dalam kesakitan ketika berhadapan dengan Barcelona. dah Liverpool bangkit diambil ketika itu untuk mara ke final liga juara-juara Eropah.

Jordan Henderson mengetuai pemain The Reds yang lain menjulang kejuaraan Liga juara-juara Eropah yang keenam dengan gaya seperti seekor burung yang sedang bertenggek.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1273031349872455680?s=19

Beberapa bulan selepas itu beliau menjelang Piala Eropah dan pada akhir Disember beliau menjelang Piala Dunia kelab.

Menjadikan beliau sebagai kapten pasukan Liverpool yang berjaya mengembalikan Liverpool sebagai pasukan yang paling berjaya di tanah Inggeris sekali lagi.

Apa yang pasti Jordan Henderson memang bukan Stevie G dari segi kualiti individu. Namun dari segi kepentingannya dalam generasinya, dia adalah Jordan Henderson.

Dari sudut taktikal pula beliau merupakan pemain yang sangat penting untuk pasukan Liverpool di bawah jurgen Klopp kerana versatility dan kefahaman taktikalnya yang jelas.

Dan kini musim lalu Henderson menjadi pemain penting memimpin tentera Liverpool di atas padang untuk menjulang Liga Perdana Inggeris.

 

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.