Video Rare: Penyokong West Ham Dan FCSB Bertukar Jersi

Kita biasa melihat pemain menanggalkan jersi dan bertukar jersi dengan pemain lain selepas tamat perlawanan. Namu  kali ini ada satu detik rare, kerana ianya dilakukan penyokong.

Bola sepak adalah sukan yang menguji emosi penyokong. Seringkali selepas tamat perlawanan penyokong bertelagah dan memaki hamun penyokong kelab lain.

Tetapi kali ini semangat kesukanan itu ternyata tidak terbatas hanya di atas padang. Tetapi turut dipamerkan di luar padang di tempat duduk penyokong.

Wes Ham 3 FCSB 1

Dalam aksi Liga Persidangan Europa, West Ham bangkit daripada ketinggalan pada separuh masa pertama untuk menewaskan FCSB 3-1 apabila jaringan Jarrod Bowen, Emerson Palmieri dan Michail Antonio.

Penyokong kedua dua pasuka di dalam Stadium London memberikan penghormatan yang mengharukan kepada Ratu Elizabeth II, yang meninggal dunia pada Khamis pada usia 96 tahun.

Dengan stadium mengadakan penghormatan seminit sebelum perlawanan Liga Persidangan Europa pertama West Ham dalam kempen musim ini.

West Ham berkata mereka berkongsi sentimen “sangat sedih” negara sambil mengucapkan takziah dan simpati kepada Keluarga Diraja dalam catatan media sosial sebelum sepak mula.

Laungan God Save The Queen bergema dari tempat duduk penonton, manakala pemain dari kedua-dua kelab memakai lilitan lengan hitam.

Di atas padang, Andrei Cordea membuka jaringan pada minit ke-34, menggunakan penyudah cantik selepas menerima hantaran lintang rendah Darius Olaru di tiang belakang.

Pemain gantian separuh masa kedua Bowen menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-65. Emerson Palmieri pula menambah gol kira kira 9 minit kemudian.

Antonio mengesahkan 3 mata menerusi jaringan masa kecederaan untuk memastikan kemenangan buat pasukan David Moyes.

Detik penyokong bertukar jersi

Selepas tamat perlawanan, satu lagi detik menarik berlaku. Di mana satu video tular memaparkan ada seorang peminat West Ham dan seorang peminat FCSB bertukar tukar jersi.

Mereka bertukar jersi menerusi pagar yang menghadang seksyen tempat duduk kedua dua penyokong. Walaupun sebenarnya, ada yang risau mereka macam nak bertumbuk pada awalnya.

Penyokong lain yang berada di situ bertepuk tangan tanda kagum dan menghargai semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh mereka berdua.

Baca yang lain