[VIDEO RARE] Ramos Akui Hubungannya Dengan Messi Adalah Hebat Sekali

Lionel Messi dan Sergio Ramos menikmati hubungan persahabatan yang tidak pernah langsung terlintas di kepala peminat masing masing.

Ketika kedua dua mereka mewakili masing masing Barcelona dan Real Madrid, Sergio Ramos dan Lionel Messi seringkali bertelagah dan bercakaran di atas padang.

Sergio Ramos menyertai PSG pada musim yang sama dengan Lionel Messi.

Di mana Messi tiba lebih lewat kerana pemain itu pada masa itu masih berusaha untuk melanjutkan kontraknya di Barcelona.

Malangnya usaha itu tidak berjaya. Ketika tiba di PSG, antara pemain pertama yang dilihat bermesra dengan Messi adalah Ramos.

Hal ini kerana kedua duanya pernah bermain di liga yang sama dan berbahasa Sepanyol.

Kemudian kedua duanya membuktikan bahawa, mereka selama ini tidak sehaluan atas dasar profesional kerana mempertahankan lencana kelab masing masing.

Real Madrid dan Barcelona merupakan musuh tradisi dalam bola sepak. Jadi, sangat biasa untuk pemain kedua dua pasukan tersebut tidak sehaluan terutama sekali ketika aksi el clasico.

Di PSG, Messi dan Ramos tampil berbeza. Ramos malah menawarkan rumahnya untuk ditumpangi Messi dan keluarganya sementara mendapatkan rumah baharu di Paris.

Pernah dalam aksi pra musim, di mana Ramos ketika itu baru pulih daripada kecederaan. PSG memenangi penalti selepas Messi dikasari.

Messi kemudian menyerahkan bola kepada Ramos kerana dia mahu pemain itu menikmati semula bola sepak dan menaikkan keyakinannya.

https://twitter.com/SHA3WAZA_2/status/1547978668042903556

Penalti yang hebat daripada Ramos pada ketika itu, yang merupakan salah penendang penalti yang cukup berjaya dalam sejarah kariernya.

Dia menjaringkan gol dari titik penalti beberapa kali untuk kedua-dua Real Madrid dan pasukan kebangsaan Sepanyol sepanjang kerjayanya yang cemerlang.

Para peminat bola sepak merasa sangat teruja dan ada yang tak percaya bahawa detik seperti itu boleh berlaku.

Terbaru, Sergio Ramos ditanya tentang hubungan mesranya dengan Lionel Messi sebelum sepak mula aksi UCL antara PSG dan Juventus.

Bekas kapten Real Madrid dan Sepanyol itu berkata: “Kami adalah pemain yang ada objektif yang sama, iaitu untuk membantu PSG menang dengan sedaya yang kami termampu – dengan prestasi dan pengalaman kami.”

“Hubungan kami hebat sekali di dalam padang mahupun di luar padang.”

“Sudah tentunya lebih baik untuk memiliki Messi sebagai rakan sepasukan [berbanding lawan]. Itu jawapan yang sangat mudah. Ianya satu penghormatan untuk memilikinya sebagai rakan sepasukan. Messi sentiasa berada di tahap tertinggi. Dia akan meneruskan untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia.”

Ada juga peminat membuat kompilasi video kemesraan Messi dan Ramos serta detik mereka saling menyokong antara satu sama lain.