Video Rasmi Pengumuman Emre Can Sertai Borussia Dortmund

Bekas pemain Liverpool, Emre Can sah menjadi milik bekas kelab Klopp, Borussia Dortmund.

Emre Can menyertai Borussia Dortmund dari Juventus dengan perjanjian pinjaman yang tertakluk kepada perpindahan tetap bernilai £21 juta.

Pemain kebangsaan Jerman berusia 26 tahun itu hanya bermula dua perlawanan sejak Maurizio Sarri mengambil alih musim lalu.

Beliau pernah secara terbuka mengkritik Maurizio Sarri kerana bercakap bohong. Menurut Emre Can, Maurizio Sarri menjanjikan perkara yang lain pada hari pertama pertemuan mereka dan memungkirinya dengan mengeluarkan nama Can daripada senarai pasukan yang bakal bermain di Liga Juara – Jara Eropah.

Can sangat kecewa kerana tidak disenaraikan. Emre Can menarik daripada beberapa kelab lain termasuk Arsenal, Tottenham Hotspur serta Manchester United.

Tindakan Can mengkritik maurizio sarri secara terbuka sudah menghantar isyarat bahawa masa depan beliau di Juventus sudah berakhir.

Pengarah Sukan Borussia Dortmund, Michael Zorc gembira berjaya mendapatkan pemain yang disifatkan beliau sebagai serba boleh.

Michael Zorc berkata: “Beliau pemain yang boleh bermain dalam pelbagai sistem. Beliau boleh bertahan dan juga bermain di tengah.”

Emre Can menyertai Juventus dari Liverpool sebagai pemain ejen bebas pada 2018.

Borussia Dortmund menamatkan musim lalu sebagai naib juara. Dan kini mereka berasa di tangga keempat. 4 mata di dibezakan daripada RB Leipzig.

Borussia Dortmund mengumumkan kehadiran Emre Can.

Can pastinya berharap akan dapat membangkitkan semula kariernya yang mulai meningkat naik ketika beraksi dengan Liverpool.

Malang sekali beliau telah membuat keputusan untuk ke Juventus dengan harapan dapat jaminan menjadi pemain utama serta memenangi lebih banyak piala.

Dia merupakan pemain serba boleh. Mereka Can boleh bermain di banyak posisi termasuk DM, CB, AM dan juga bek sisi.

Baca yang lain