[VIDEO] Reaksi Cemas Ronaldo Lihat Costa Hampir Jadi Mangsa Scam Curi Ayam

Portugal bertemu dengan Ghana untuk aksi pertama kedua dua pasukan dalam kumpulan H.

Kedua dua pasukan menukar perlawanan yang agak hambar pada separuh masa pertama dengan keputusan 0-0 menjadi perlawanan thriller 5 gol pada separuh masa kedua.

Di mana Portugal mencetak 3 gol dan Ghana menjaringkan 2 gol.

Gol penalti daripada Cristiano Ronaldo dan dua lagi jaringan pantas daripada Joao Felix dan Rafael Leao membolehkan Portugal mendahului 3-1.

Ghana menambah gol lewat sebelum masa kecederaan untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Ghana hampir berjaya mengikat kedudukan sekali lagi selepas penjaga gol Portugal, Diogo Costa menunjukkan ketidak siap siagaan dia tentang keadaan sekelilingnya.

Di mana Costa tidak sedar ada pemain Ghana di belakangnya.

Dia kemudian menggolekkan bola ke atas padang. Dan serta merta pemain Ghana, Inaki Williams terus berjaya merampas bola daripadanya.

Costa bertindak pantas cuba mememangi semula bola. Nasib baik buat Costa apabila Williams yang bernasib malang kerana dia tergelincir.

Lalu rakan rakan Costa terus mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya. Reaksi Cristiano Ronaldo menceritakan segala galanya.

Betapa terkejut dan cemasnya Ronaldo melihat kesilapan tersebut. Dia menjerit dengan matanya terbeliak ketakutan dan pada masa yang sama rasa lega kerana Ghana tidak menyamakan kedudukan daripada kesilapan tersebut.

Saksikan:

Costa benar benar hampir sahaja membuatkan pasukannya kehilangan 2 mata.

LAPORAN PERLAWANAN: Portugal 3 Ghana 2

Portugal hampir mendapat gol pada minit ke-10 selepas kesilapan Mohammed Kudus menyaksikan Ghana terus diserang. Namun percubaan Ronaldo gagal membuahkan hasil.

Ronaldo sekali lagi memiliki peluang menerusi tandukan tetapi tak tepat.

Pada minit ke-31, Ronaldo menemui jaring untuk Portugal, tetapi gol dibatalkan kerana berlaku kekasaran.

Pada minit ke-38, Ghana memiliki beberapa peluang menerusi sepakan penjuru. Namun skuad Portugal berjaya bertahan sebaiknya.

Separuh masa pertama berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Pada separuh masa kedua, perlawanan menjadi lebih hidup dan lebih menghiburkan.

Selepas sejam aksi, Ronaldo akhirnya meletakkan Portugal di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-65.

Penalti diberikan selepas Ronaldo dijatuhkan oleh Salisu.

Ronaldo kini menjadin pemain pertama menjaringkan gol dalam 5 edisi Piala Dunia berbeza.

Dia turut menjadi pemain ketiga untuk menjadi pemain termuda dan tertua menjaringkan gol untuk negaranya dalam Piala Dunia selepas Ivica Olic (Croatia) dan Michael Laudrup [Denmark].

Pada minit ke-73, Mohammed Kudus merencana gerakan bahaya. Dan ianya disudahkan oleh Andre Ayew dari jarak dekat.

Namun Portugal berjaya menambah 2 lagi gol untuk menjadikan kedudukan 3-1, menerusi Joao Felix dan juga Rafael Leao.

Bruno Fernandes memainkan peranan penting dalam kedua dua gol tersebut.

Pada minit ke-89, Osman Bukari menjaringkan gol kedua Ghana untuk memastikan perjuangan mereka dalam perlawanan ini hidup kembali.

Dia meraikan gol dengan gaya SIUUUU di hadapan Cristiano Ronaldo.

Ghana memiliki beberapa peluang gol pada masa kecederaan. Ini termasuk ketika penjaga gol Portugal terleka dan bola dirampas daripada kakinya. Mujur pertahanan mereka berjaya mematikan ancaman itu serta merta.

Tamat perlawanan, Portugal 3 Ghana 2. Permulaan sempurna untuk Portugal.

Baca yang lain