Video: Reaksi Erling Haland Hempas Botol Selepas Melihat Gol Mo Salah

Siapa yang tidak kenal dengan bakat muda, Erling Braut Haland yang menjadi penggempur muda sensasi RB Leipzig.

Pemain berusia 19 tahun itu tersenarai di antara mereka yang menjaringkan hatrik dalam UCL musim ini.

Beliau memang bakat sensasi dalam bola sepak Eropah. Menjadi pemain utama dalam pasukannya.

Sebelum perlawanan pemain remaja itu meramalkan pasukannya akan menang 3-1 ke atas Liverpool.

Dan beliau menyatakan beliau sendiri yang akan menjaringkan hatrik untuk pasukannya dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan sekaligus menyingkirkan Liverpool.

Keyakinan Erling Haland terpancar jelas pada permulaan perlawanan.

Pada separuh masa pertama Salzburg sangat garang dan melepaskan setengah dozen percubaan tepat ke arah Alisson.

Namun dalam aksi semalam, Naby Keita membuka tirai jaringan untuk Liverpool pada minit ke-57.

Daripada jaringan itu ramalan Erling Haland masih di landasan yang tepat. Kerana beliau boleh menjaringkan hatrik untuk memastikan keduduka  3-1.

Namun hanya seminit daripada gol  Naby Keita, Mohamed Salah pula menjaringkan wondergoal.

Erling Haland sangat marah. Kalaupun beliau menjaringkan hatrik sekalipun, ramalannya tetap salah gara gara Salah yang menjaringkan gol daripada kedudukan sukar, walaupun salah sepak dalam 2 peluang sebelum itu.

Itu merupakan jaringan ke-200 Mo Salah di dalam kariernya untuk kelab dan negara.

Erling Haland tak dapat menahan kemarahannya. Ibarat seorang jantan yang dicurangi awek, Erling Haland mengambil botol dan menghempasnya ke padang.

Wajahnya geram dan pada masa yang sama tahu malam itu mungkin bukan malam untuk mereka.

Beliau turut memiliki beberapa peluang dalam perlawanan semalam tetapi gagal menyudahkannya.

Haland sebelum ini menikmati streak jaringan yang sangat cemerlang. Namun berakhir di tangan Liverpool.

Walau apapun. Saya ok dengan mentaliti pemain seperti ini. Beliau masih lagi pemain muda yang berjaya menempatkan diri di kalangan penyerang elit di dunia dalam UCL kali ini.

RB Salzburg dilaporkan sudah menerima banyak tawaran untuk Erling Haland ini yang cuma ada klausa pelepasan €20 juta. Antara pasukan yang mahukan beliau termasuk, Man United, Chelsea dan Borussia Dortmund.

Liverpool menang dalam aksi UCL tersebut untuk mara selaku juara kumpulan. Liverpool diiringi oleh pasukan Napoli. Yang turut mara tetapi memecat Carlo Ancellotti kerana prestasi hambar dalam liga.

RB Salzburg pula akan ke Liga Europa.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di