Video: Orang Kampung Sadio Mane Tumpang Gembira Dia Dinobat Terbaik Afrika

Bintang Liverpool Sadio Mane berbangga dengan pengiktirafan yang diterimanya sebagai pemain terbaik Afrika 2019.

Dalam ucapannya, Sadio Mane seperti biasa tidak sesekali lupa akan asal usulnya.

Mane mendedikasikan kemenangannya kepada ibu bapanya dan juga seluruh kaum keluarganya, terutama sekali pak cik dia yang hadir dalam majlis anugerah tersebut.

Di kampungnya, orang kampung di Bambali susah berkumpul di hadapan skrin besar tanda sokongan pada Sadio Mane.

Ini merupakan kali pertama Sadio Mane dinobat Pemain Terbaik Afrika. Beliau menewaskan rakan sepasukan Mohamed Salah dan bintang Man City, Riyad Mahrez.

Mane terbaik 2019

Mane memang selayaknya menang. Beliau berada dalam peak terbaik dalam beberapa musim ini.

Beliau berjaya meningkatkan jumlah gol dan assist di dalam permainannya. Mane juga membantu Liverpool menamatkan 2019 dengan 3 piala antarabangsa.

Beliau menjadi nadi penting Liverpool dalam aksi kebangkitan luar biasa berhadapan dengan Barcelona di Anfield, ketika itu Liverpool bermain tanpa Mo Salah dan Roberto Firmino.

Dalam tahun yang sama, Mane membantu negaranya mara ke final Piala Afrika 2019.

Sadio Mane berada dalam senarai ke-4 pada majlis Ballon d’Or yang lalu. Ini menjadikan Sadio Mane, pemain Senegal kedua memenangi Anugerah Pemain Terbaik Afrika selepas seorang lagi bekas pemain Liverpool iaitu El Hadji-Diouf pada 2001 dan 2002.

Dedikasi Mane

Mane dalam ucapannya: “Jujurnya, saya lebih suka bermain bola daripada bercakap di hadapan ramai orang-orang besar di sini. Saya sangat gembira dan turut berbangga.”

“Saya berterima kasih kepada keluarga, terutama sekali bapa saudara saya yang berada di sini pada hari ini.”

“Ini hari yang bermakna buat saya, dan saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Senegal yang mengundi untuk saya.”

Salah satu detik yang agak menyentuh perasaan apabila Mane menyebut nama kampung kecilnya di majlis sebesar itu.

“Saya sebenarnya seorang yang berasal dari satu perkampungan kecil bernama Bambali.”

“Dan saya yakin mereka di sana ketika ini sedang mengikuti siaran ini.”

Di Bambali memang orang kampung beliau sedang menyaksikan nya dan menunggu penuh sabar detik pengumuman pemain terbaik Afrika 2019.

Ini adalah keadaan ketika mereka mendengar pengumuman tersebut, gegak gempita jadinya, di hadapan layar besar yang dipacak di tengah perkampungan mereka.

Mereka benar-benar gembira dengan kejayaan anak kampung mereka menjadi pemain bola sepak terbaik di Afrika.

https://twitter.com/SportsObama/status/1214871797683888129?s=09

Tahniah kepada Sadio Mane. Dan memang detik yang agak mengharukan. Di mana sahaja kita berada, pastinya jangan sesekali kita lupa akan asal usul kita.

Sadio Mane memang seorang yang sangat mengenang asal usulnya. Beliau telah banyak memberikan bantuan termasuk menjadikan masjid dan juga sekolah di kampungnya.

Oleh itu Sadio Mane sentiasa dekat di hati mereka. Kemenangan ini juga akan menjadi inspirasi kepada kanak-kanak yang mahu berjaya seperti beliau suatu hari nanti.

https://twitter.com/SportsObama/status/1214871847709347840?s=19

Menurut Mane, beliau tak perlukan kereta Ferrari ataupun jam mahal, kerana beliau boleh menggunakan duit tersebut untuk membantu masyarakat di tempatnya.

Ini kerana menurut Sadio Mane, adalah lebih penting orang di kampungnya dapat merasai sedikit daripada nikmat yang sedang beliau rasai ketika ini.

Baca yang lain